Tular di media sosial sejak semalam, guru didakwa bertindak mengasingkan seorang murid darjah 1 di dalam jeriji besi dan kes tersebut mendapat perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Cikgu Fadli Salleh Siasat Pelajar Tahun 6 Jarang Datang Sekolah, Rupanya Jaga Ibu Sakit Strok
Artikel Berkaitan: Lelaki Gatal Cabul Pelajar Perempuan Dalam Bas, Polis Giat Kesan Suspek
Tindakan guru dipersoal
Menerusi ciapan di Twitter, seorang pengguna mendedahkan perbualan antara ibu bapa dan guru berkenaan di aplikasi WhatsApp.
Allahuakbar. Apa ni? Sampai kena kurung budak darjah satu kat dalam pagar besi. Siap ada TNB punya box tu, kalau budak tu buat main benda tu lagi tak jadi apa la.
Macam mana sekalipun itu budak darjah satu, cikgu jangan la ambil tindakkan diluar batasan.
Berdasarkan tangkap layar perbualan tersebut memaparkan terdapat ibu bapa yang mempersoalkan tindakan guru tersebut.
Betul ke anak saya diletakkan di dalam bilik berjaring untuk pengasingan?
Guru berkenaan kemudian membalas dengan mengakui bahawa kanak-kanak tersebut diasingkan.
Ya, memang saya letakkan.
Ibu bapa kanak-kanak tersebut dilihat berang dengan pengakuan guru itu dan mahu berhadapan dengan guru serta pentadbiran sekolah berkenaan.
Dalam ini anak aku dikurung, diasingkan. Budak darjah 1. Rosak emosi budak nak ke sekolah. Macam tak ada otak.
Menteri siasat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan guru tersebut yang disifatkan melampaui batas walaupun tujuannya untuk memberi pengajaran.
Dalam masa yang sama, ada juga yang mahu mendengar penjelasan dari pihak guru tersebut supaya situasi sebenar dapat diketahui.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata beliau akan menyiasat tentang kes tersebut terlebih dahulu.
Sumber: Twitter, Buletin TV3