berita

Murid Darjah Tiga Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah

March 22nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Maut digilis lori

Memetik laporan Harian Metro, motosikal yang dinaiki mangsa bersama seorang wanita berusia 54 tahun dan adik lelakinya,7, dilanggar sebuah treler. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut.

Kemalangan membabitkan treler yang melanggar motosikal yang dinaiki tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak.

Difahamkan, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adik lelaki dan jiran yang juga merupakan pengasuh kedua-dua kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan ringan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×