berita

Murid Terpaksa Makan ‘Bersepah-Sepah’, Kantin Rosak Lebih Lima Tahun

February 10th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Kantin sebuah sekolah di Maran, Pahang mengalami kerosakan dan terdapat masalah-masalah lain juga seperti keretakan pada dinding dan lantai, hakisan serta atap kantin yang semakin mereput.

Artikel Berkaitan: Terima Hadiah Lukisan & Rak Rempah, Cikgu Bersara Demand Nak Comforter Pula…

Artikel Berkaitan: Pelajar Tahun Lima Dakwa Alami Retak Lutut, Selepas Didenda Ketuk Ketampi 30 Kali

Isu keselamatan seluruh warga sekolah

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Zulyazan Mat Saman berkata aduan dan permohonan telah dibuat bagi membina kantin baharu namun ia seolah-olah tidak diendahkan oleh pihak berkenaan.

Hanya satu laluan ke bilik masak itu dan sebelum ini pernah terjadi kejadian kebocoran gas memasak. Dalam keadaan bilik yang kecil dan sempit, ia amat bahaya untuk keselamatan tukang masak, pekerja dan murid.

Pantauan ke sekolah tersebut mendapati keadaan amat teruk apabila 230 orang murid terpaksa makan di luar kawasan kantin seperti di tepi longkang , di laluan pejalan kaki dan di lereng bukit akibat kerosakan kantin sekolah yang masih belum dibaiki sejak 2016.

Lebih menyedihkan jika berlaku hujan, murid-murid terpaksa makan dalam keadaan berlecak dibawah khemah yang disediakan pihak sekolah. Guru-guru dan kakitangan sekolah pula tiada pilihan lain terpaksa makan di dalam bilik guru.

Tambah beliau lagi, setiap tahun keretakan di kawasan bangunan sekolah kian lama kian ketara dan membahayakan kepada seluruh warga sekolah tersebut.

Pada tahun 2019, Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat analisis dan mengesahkan bahawa bangunan kantin tidak boleh digunakan sepenuhnya dan berbahaya kepada murid.

Dalam pada itu, didapati lokasi kantin berisiko kerana berdekatan dengan cerun dan berlakunya pergerakan tanah, justeru pihak JKR juga mencadangkan agar lokasi kantin diubah.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia.

SKIP THIS AD ×