berita

Mustapha Kamil Dilantik Pengarah Eksekutif Media Prima Berhad

October 2nd, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumkan pelantikan Encik Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial, Media Prima berkuat kuasa hari ini. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (“STMB”) dan The New Straits Times Press (M) Berhad (“NSTP”).

26 tahun pengalaman dalam bidang kewartawanan

Sebagai Pengarah Eksekutif, Mustapha Kamil bertanggungjawab dalam keseluruhan fungsi operasi berita dan editorial Media Prima. Antara lain, beliau memainkan peranan penting dalam penetapan hala tuju strategik serta pemantauan operasi berita di Rangkaian Televisyen Media Prima dan NSTP.

Selain itu, beliau memfokus ke arah mengoptimumkan potensi unit berita Kumpulan sejajar dengan usaha transformasi perniagaan Media Prima.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid, memberitahu Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan Media Prima mengalu-alukan pelantikan Mustapha Kamil ke dalam Kumpulan.

Selain dihormati dalam bidang kewartawanan, pengalaman serta pengetahuan beliau berkenaan Kumpulan sangat bernilai ketika kami terus berkembang.

Tiga tahun kebelakangan ini memperlihatkan Media Prima secara agresif mewujudkan platform digital dengan membawa kandungan berita kami dalam talian menerusi portal berita dan aliran video (video streaming).

Kami yakin Mustapha Kamil mampu mengetuai operasi berita dan editorial justeru mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai penyedia berita digital utama di Malaysia

Mustapha Kamil memulakan kerjaya sebagai Wartawan Kadet di NSTP pada tahun 1989 dan mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam bidang kewartawanan.

Sepanjang tempoh itu, beliau pernah memegang pelbagai jawatan di NSTP, termasuk sebagai Koresponden Luar Negara NSTP di New York; Pengarang Urusan di Business Times dan Pengarang Kumpulan di New Straits Times, sehinggalah peletakan jawatan beliau pada Mei 2016.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×