berita

Mutasi Baru Covid-19 Cepat Merebak & Lebih Berbahaya, Banyak Negara Batal Penerbangan Dari UK

December 21st, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Wabak Covid-19 kini menjadi ancaman utama serata dunia. Berikutan penyebaran virus ini kira-kira 1.6 juta pesakit maut lapor World Health Organization (WHO). Terbaru menerusi laporan Channel News Asiakebanyakan negara pada hari Ahad yang lalu, telah menghentikan penerbangan dari United Kingdom susulan penemuan mutant terbaru Covid-19.

Ambil langkah berjaga-jaga

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan mutant terbaru Covid-19 ini, lebih cepat tersebar daripada sebelum ini. Susulan penemuan mutant terbaru ini, pemimpin UK telah memulakan operasi penutupan tahap empat di London, tenggara England dan mengetatkan sekatan untuk seluruh England ketika musim perayaan ini. Tambahan pula, pelancong dari negara luar juga tidak dibenarkan untuk memasuki negara UK.

Tidak berakhir di situ, negara Perancis, Arab Saudi,  turut mengumumkan akan menangguhkan perjalanan dari negaranya menuju ke UK selama 48 jam bermula tengah malam semalam. Negara Ireland dan Itali turut melarang penerbangan dan pergerakan melalui darat dari Britain demi keselamatan orang awam.

Negara lain yang turut mengikut jejak langkah ialah Portugal, dan rakyatnya yang baru sahaja tiba dari UK perlu melakukan ujian calit bagi mengetahui status kesihatannya.  Sementara itu, Perdana Menteri Belgia Alexander De Croo, mengatakan Belgia akan menyekat pelancong dari UK selama 24 jam pada hari Isnin sebagai langkah berjaga-jaga  walaupun larangan itu dapat dipanjangkan jika perlu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kami telah memutuskan untuk menghentikan penerbangan dari UK dari tengah malam selama 24 jam, dan sama pentingnya bagi negara kita, melakukan perkara yang sama untuk Eurostar (kereta api).

70% lebih mudah tersebar

Sekadar gambar hiasan

Dalam satu sidang media, mutant terbaru Covid-19 ini, dipercayai mampu tersebar dengan mudah dan peratusannya untuk merebak adalah sebanyak 70% berbanding sebelum ini. Difahamkan mutant terbaru ini berasal dari tenggara England dan dikenal pasti di Denmark, Belanda, dan Australia.

Rakyat juga disaran untuk sentiasa mengamalkan norma baharu dengan memakai pelitup muka di tempat awam, kerap mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan sosial.

Sumber: CNN

SKIP THIS AD ×