Boleh tahan menarik, lagu terbaru Dato Fazley Yaakob mempunyai pengaruh dari lagu Hindi yang kami kira agak menarik untuk didengar.Berkolaborasi bersama Altimet, lagu ini turut menyelitkan unsur ‘rapping’ yang menjadikan lagu ini lebih urban.
Ketika ditanya mengapakah lagu ‘Yale Yale’ telah dipilih oleh Fazley, selebriti yang juga juara Masterchef Selebriti Malaysia ini menjawab, “Lagu Yale-Yale dipilih untuk jadi single pertama kerana ia adalah lagu kegemaran kedua-dua ibu dan ayah saya sejak dulu lagi. Bila diperbaharui menjadi “Jaga Jaga” dan disuntik dengan alunan rap dari Altimet, lagu ini dapat mendekati penggemar lagu lama tersebut sekaligus peminat muzik urban yang muda.”
Menurut Fazley lagi, lagu ini turut mempunyai melodi yang serupa dengan lagu Hindustan berjudul “Thoda Resham Lagtha Hai”. Lagu yang serupa turut pernah digunakan oleh Truth Hurts dalam lagu Addictive.
“Lagu “Yale Yale” pada asalnya ada melodi serupa dengan lagu Hindustan “Thoda Resham Lagtha Hai” nyanyian Lata Mangeshkar. Producer saya Rafikoncept gabungkan kedua-dua lagu untuk menjadi rangka kepada lagu baru saya. Sample yang serupa pernah digunakan oleh Truth Hurts untuk lagu “Addictive”.
“Isteri saya peminat muzik Hindustan pula. Jadi family favourite lagu Jaga-Jaga ni,” tambah Dato Fazley lagi.






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)