berita

Muzik Video : Pesawat Lancarkan MV “Menjelang Syawal”, Tampilkan Adibah Noor

August 7th, 2012 | by Ai
Video Popular

Jika biasa kita lihat muzik video, pasti akan ada saling kaitan antara video dan muzik yang dibawakan. Namun, berlainan pula bagi kumpulan Pesawat yang berani untuk lari dari konsep dan memberikan sesuatu yang baru kedalam muzik video mereka berjudul “Menjelang Syawal”.

Lagu yang dicipta khas sempena bulan Syawal tidak lama lagi ini dilihat berlainan kerana antara jalan cerita yang dimasukkan adalah mengenai kisah 2 kumpulan gangster iaitu Geng Punai dan Geng Garuda. Lebih menarik lagi, pergaduhan mereka adalah disebabkan perebutan sebuah kedai makan milik Kak Pah yang dilakonkan oleh Adibah Noor. Mee Goreng Kak Pah menjadi punca perebutan tempat tersebut dan Geng Punai pula ingin membunuh ketua Geng Garuda.

Mahu tahu apa terjadi didalam persengketaan antara 2 kumpulan ini, jangan lupa dengar dan tonton “Menjelang Syawal” selepas ini ya.

Untuk pengetahuan, kumpulan Pesawat dianggotai oleh Jipie (vokal/gitar), Mann (bass), Kudux (drums), NizamCamel (gitar) dan Danial (synthesizer). Turut membantu dalam MV ini termasuklah Rom Mohd Nor (pengasas majalah muzik ROTTW) sebagai Ketua Geng Garuda dan vokalis band Couple iaitu Aidil Rusli.

SKIP THIS AD ×