Ia adalah sebuah video klip yang psycho! Itu adalah persepsi pertama kami apabila menonton video klip terkini lagi ‘Animals’ daripada Maroon 5 ni.
Berbeza dengan video klip lagu-lagu mereka sebelum ini yang lebih straight to the point, video klip ini nampaknya lebih bermain dengan minda anda.
Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa video klip yang dilakonkan oleh Adam Levine dan isterinya, Behati Prinsloo sedikit sebanyak merendahkan martabat wanita.
Baby, I’m preying on you tonight
Hunt you down eat you alive
Just like animals
Animals
Like animals
Psycho gila kan lirik lagu ni? Kami paham ia menggunakan metafora untuk mengekspresikan kegilaan seorang lelaki terhadap wanita, namun ia tetap agak menakutkan.
Video klip ini berkisarkan mengenai stalker (Adam Levine) yang bekerja sebagai seorang pemotong daging ingin mengejar wanita idamannya.
Babak-babak bercumbuan sambil bermandi darah membuatkan kami terasa mual dan geli-geleman. Namun, kami pun kurang pasti sama ada babak-babak tersebut betul-betul terjadi antara kedua watak tersebut atau hanya merupakan ‘mimpi’ stalker itu sahaja.
Namun, menerusi beberapa komen di laman Youtube, ramai juga yang memuji kreativiti pengarah video klip ini iaitu Samuel Bayer yang dikatakan bijak bermain dengan emosi para penonton.
Ha..kalau anda rasa nak uji ketahanan mental anda, bolehlah anda tonton video klip ini di bawah. Jika anda mampu melihatnya tanpa apa-apa perasaan, kami bagi tabik spring!