Sebelum ini, Shuib berkongsi rakaman perbualan terakhir bersama Allahyarham Siti Sarah sebelum dia ditidurkan pada 6 Ogos lalu menerusi video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di Youtube. Menurut Shuib, arwah sempat memohon maaf atas kesilapannya serta mengungkap rasa sayang.
Artikel berkaitan: Meruntun Jiwa.. Shuib Kongsi Perbualan Akhir Arwah Siti Sarah Sebelum Ditidurkan Dalam MV ‘Tinggalkan Diriku’ – ‘Ampunkan Dosa-Dosa I Ya’
Terbaru, menerusi pemerhatian pihak OhBulan! kami mendapati muzik video lagu tersebut telah mencecah 1.3 juta views.
Jangan menangis
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, lagu hasil ciptaan Aidit Alfian ini merupakan rakaman nyanyian semasa Allahyarham Siti Sarah menjalani latihan sebuah showcase di Matic, Kuala Lumpur, pada tahun 2018.
Enam hari selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakamkan ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018. Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti. Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang.
Dalam pada itu, Shuib akui momen memujuk Allahyarham Siti Sarah untuk ‘ditidurkan’ adalah tugasan paling sukar dalam kehidupannya.
Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk ditidurkan. Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak. Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak.
Banyak belajar daripada kisah hidup mereka
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak selepas mendengar perbualan terakhir di antara Siti Sarah dengan Shuib, yang tidak henti memberi kata-kata semangat sebelum arwah ditidurkan. Antara kata-kata yang paling menyentuh jiwa ialah ‘awak jangan menangis’. Selain berjaya meraih 1.3 juta views di Youtube, lagu tersebut turut meraih 112 likes dan 3 ribu lebih komen.
Sumber: Shuib