Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dalam menunjukkan kasih sayang terhadap pasangan masing-masing. Perkara ini penting dalam mengeratkan serta menjaga perhubungan mesra antara pasangan.
Begitu juga dengan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang meluahkan isi hatinya dengan coretan manis buat isteri dalam satu posting di Instagram miliknya.
Saya bersyukur kerana mempunyai Mew Choo
https://www.instagram.com/p/B2LWEbDAJUG/?utm_source=ig_web_copy_link
Menerusi sebuah posting di akaun Instagram milik Datuk Lee Chong Wei, mendedikasikan coretan buat isteri tersayang, Datin Wong Mew Choo.
Dalam hidup, saya fikir tiada siapa yang mengasihi saya lebih daripada diri sendiri .
Walau bagaimanapun, apabila melihat bagaimana dia sedih apabila saya didiagnosis dengan kanser, saya bersyukur kerana ada seseorang yang menyayangi saya lebih daripada diri sendiri.
Saya memberitahu pada diri untuk tidak berputus asa dan sekarang hati saya berdegup hanya kerana dia. Sekiranya tidak , kemungkinan saya kehilangan motivasi untuk terus bertarung .
Setiap hari saya bersama wanita yang paling cantik yang dianggap sebagai satu berkat dalam kehidupan saya .
Isteri sebagai sumber inspirasi
Datuk Lee Chong Wei turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang juga merupakan sumber inspirasi dalam meraih kejayaan dan sentiasa menemani hidupnya.
Saya bersyukur kerana mempunyai Mew Choo sebagai rakan sekolah, rakan sepasukan, teman sejiwa, seterusnya menjadi isteri saya dan paling panting, rakan seperjuangan hidup saya.
Saya berharap dapat menjalankan tugas saya sebagai suami dan bapa, mengukirkan senyuman atas mukanya setiap hari selamanya.
Reaksi positif warganet
Rata-rata warganet meluahkan rasa gembira atas kebahagian pasangan merpati dua sejoli ini.
Sumber: Datuk Lee Chong Wei