Baru-baru ini MYDIN menyambut ulang tahunnya yang ke-65. Sambutan kali ini meriah giler dengan pelbagai promosi dan peraduan yang menawarkan hadiah lumayan.
Bukan itu sahaja, sempena sambutan yang gilang-gemilang ini MYDIN turut melancarkan kempen “Bersama Keluarga Malaysia” dan Kempen Beli Barangan Malaysia yang menawarkan penjimatan berganda untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
Kalau korang nak tahu, pelbagai aktiviti dan promosi menarik telah dirangka sepanjang kempen ini berlangsung termasuklah peraduan bersama rakan-rakan strategik kempen antaranya MyDebit, Boost dan banyak lagi yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM1,000,000.
Peraduan MyDebit tawar hadiah bernilai RM300,000!
Selaku rakan strategik bagi kempen yang dilancarkan MYDIN, MyDebit tidak mengecewakan. Diorang tawarkan hadiah bernilai RM300,000 dalam bentuk supermarket Sweep (RM1000) untuk 65 pemenang dan baucar MYDIN (RM300) untuk 650 pemenang.
Cara penyertaan mudah sangat-sangat. Rugi kalau korang tak join. Korang cuma perlu belanja RM100 di MYDIN dalam 1 resit kemudian, Whatsapp resit tersebut ke talian 011-51740268 atau korang juga boleh muat turun aplikasi Whoop, daftar kemudian lampirkan resit pembayaran korang.
**Peraduan sah bermula pada 1 September 2022- 30 November 2022
**Tertakluk pada terma & syarat.
Menang Thermomix, penulen udara Dyson dan baucar MYDIN dengan Nestle Bonanza!
Selain peraduan MyDebit, Nestle Bonanza juga antara peraduan yang menawarkan hadiah menarik. Berikut ialah senarai hadiah yang Nestle Bonanza tawarkan.
Hadiah utama: Thermomix TM6 bernilai RM6,988 ( 2 pemenang)
Hadiah Kedua: Dyson Pure Cool Air Purifier Tp00 bernilai RM1799 (4 pemenang)
Hadiah mingguan: Baucar MYDIN bernilai RM100 (5 pemenang X 11 minggu)
Hadiah saguhati: Baucar MYDIN bernilai RM30 (15 pemenang X 11 minggu)
Menariknya hadiah yang ditawarkan… macam mana nak join? Ada 3 langkah yang korang perlu lakukan untuk peluang memenangi hadiah-hadiah diatas.
Langkah 1: Beli mana-mana produk Nestle bernilai RM20 ke atas dalam satu resit untuk layak mendapat 1 penyertaan.
Langkah 2: Tulis nama penuh dan no. MyKad pada resit asal korang dan tangkap gambar resit secara lengkap dan jelas.
Langkah 3: Hantar gambar resit sebagai bukti penyertaan ke no. WhatsApp 018 251 1638. Korang juga boleh scan QR yang tertera untuk sertai Nestle bonanza sekarang.
**Peraduan sah bermula pada 15 Ogos 2022- 31 Oktober 2022
**Tertakluk pada terma & syarat.
Bayar dengan Boost untuk menang!
Apa-apa pun pastikan korang sertai peraduan Boost kali ini. Diorang tawarkan hadiah bernilai sehingga RM60,000. Lagipun korang cuma perlu berbelanja RM100 di MYDIN dan buat bayaran menggunakan aplikasi Boost. Settle! Secara automatiknya korang dapat satu penyertaan untuk peraduan ini.
Semakin banyak korang berbelanja, semakin tinggi la peluang korang untuk menang.
**Peraduan ini sah bermula 18 Ogos 2022 hingga 20 November 2022.
**Tertakluk pada terma & syarat.
Peraduan-peraduan lain Yang wajib korang sertai!
Sebenarnya banyak lagi peraduan yang sedang berjalan dan wajib korang sertai. Maklumatnya ada dibawah.
Banyak giler peraduan yang MYDIN anjurkan. Rugi besar kalau korang tak join.
Pastikan korang imbas QR kod yang tertera untuk dapatkan maklumat lanjut dan sertai peraduan yang dijalankan oleh MYDIN kali ini.
Ha! Jangan lepaskan juga peluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM50,000 dengan membeli produk kegemaran korang seperti SAFI, CARRIE, AIKEN, DASHING, ENCHANTEUR dan ROMANO! Cara penyertaan mudah, ikut langkah di bawah.
Langkah 1: Beli produk SAFI, CARRIE, AIKEN, DASHING, ENCHANTEUR dan ROMANO bernilai RM35 dalam satu resit.
Langkah 2: WhatsApp gambar resit pembelian yang jelas, nama penuh, no. MyKad, alamat dan no. telefon ke talian 017-6042437.
**Peraduan ini sah bermula 15 Ogos hingga 31 Oktober
**Tertakluk pada terma & syarat.
Sempena sambutan ulang tahun ke-65 ini juga, MYDIN adakan peraduan “Pitch To win” pada 17 Ogos lalu. Peraduan “Pitch to Win” memberi peluang kepada usahawan-usahawan baharu untuk memperkenalkan produk mereka dan memenangi pakej pemasaran bernilai lebih RM100,000 dengan MYDIN. Hebatkan?
MYDIN tawar promosi kaw-kaw sepanjang kempen berlangsung!
Jangan lepaskan peluang untuk nikmati promosi kaw-kaw yang MYDIN ada sepanjang kempen ini berlangsung. Jadi, ambil la kesempatan ini untuk rancang dan buat pembelian korang.
Bagi korang yang mahukan penjimatan berkali ganda, pastikan korang mendaftar sebagai Ahli Kad Meriah.
Layari mydin.my untuk maklumat lanjut.