REV Media Group (RMG) melalui saluran gaming MyGameOn (MGO), dengan bangganya membawakan kepada anda Squad Up Arena, evolusi terbaru dalam siri kejohanan e-sukan Squad Up khusus buat para gamers di luar sana!
Terdahulu, RMG dan Facebook Gaming telah berganding bahu menganjurkan Squad Up: Athena, sebuah kejohanan e-sukan yang memperjuangkan pemain wanita di seluruh Asia Tenggara, menyaksikan sebanyak 24 penyertaan pasukan Mobile Legends: Bang Bang.
#IniGameKami
Kali ini bertemakan #IniGameKami, Squad Up Arena bertujuan untuk memberi tumpuan kepada seluruh komuniti permainan video bagi merancakkan kemajuan e-sukan di Malaysia, dan MGO dengan bangganya mempersembahkan Kejohanan Terbuka Squad Up Arena x VALORANT!
Menurut Ketua Kandungan Permainan RMG, Adrian Lai, beliau sangat teruja untuk menganjurkan kejohanan ini dan berharap dapat menyaksikan persaingan yang sihat di antara para pemain dalam usaha mereka untuk memenangi sebahagian dari hadiah wang terkumpul bernilai RM5,000.
Seperti yang dijanjikan, kami kembali lagi dengan Squad Up, dan kami sedia maklum ramai peminat kami yang mahukan sebuah kejohanan untuk VALORANT, salah satu permainan penembak kompetitif paling popular di dunia hari ini.
Kami berhasrat untuk membawa e-sukan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan kemenangan Malaysia merangkul emas dalam Kejohanan E-sukan Komanwel (CEC) baru-baru ini telah membuktikan kemampuan negara kita. Dengan inisiatif ini, kami berharap dapat menemukan lebih ramai bakat baru bertaraf dunia seterusnya dapat membuka jalan kepada mereka untuk bersaing di pentas dunia pada suatu hari nanti.
Untuk pengetahun korang, ‘Valorant’ adalah permainan video free-to-play first-person hero shooter dibangunkan dan diterbitkan oleh Riot Games.
Bermula 15 Ogos hingga 17 Ogos
Kejohanan Terbuka Squad Up Arena x VALORANT merupakan salah satu kejohanan terbuka e-sukan VALORANT yang diadakan di Malaysia. Peringkat kumpulan akan bermula pada 15 hingga 17 Ogos 2022 dan 8 pasukan yang terbaik akan berentap di pusingan akhir yang akan disiarkan secara langsung pada 27 dan 28 Ogos 2022 di laman rasmi media sosial MyGameOn (Facebook, YouTube dan TikTok).
Para pemain akan berentap untuk merebut hadiah terkumpul bernilai RM5,000 dan penyertaan terbuka kepada seluruh warga Malaysia berumur 13 tahun dan ke atas. Bersedia di hadapan mana-mana peranti kegemaran anda, relaks dan nikmati setiap perlawanan!Dapatkan maklumat lanjut berkenaan Kejohanan Terbuka Squad Up Arena x VALORANT di https://sua.mygameon.my/.
Mengenai Squad Up: Athena:
Terbuka kepada | 13 tahun dan ke atas |
Hadiah Terkumpul | RM5,000 |
Permainan | Valorant |
Penganjur | MyGameOn (REV Media Group) |
Saluran Livestream | Facebook MyGameOn:
https://www.facebook.com/mygameondotmy YouTube MyGameOn: https://www.youtube.com/c/MyGameOnMalaysia TikTok MyGameOn: |
Laman web | https://sua.mygameon.my/ |