Sebelum ini, bekas penyampai radio, Halim Othman memberitahu akan berusaha untuk menghubungi anaknya iaitu pelakon Myra Natasya bagi menyelesaikan isu anak luar nikah.
Artikel Berkaitan: Halim Othman Mohon Netizen Beri Ruang, Sedang Berusaha Hubungi Myra Natasya – ‘Saya Lebih Risau Keadaan Dia’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Anak Tak Sah Taraf’ – Myra Natasya Dedah Halim Othman, Ibu Tak Pernah Berkahwin
Belum berhubung
Bagaimanapun, Myra ketika dihubungi OhBulan! berkata, tiada sebarang panggilan telefon mahupun pesanan mesej yang diterima daripada Halim sehingga malam Isnin.
Menurut Myra atau nama lengkapnya Yusmyra Natasya Abdullah, 29, dia hanya berhubung dengan ibunya sahaja iaitu Yusnita Omar, 49.
Tiada, dia (Halim Othman) tak ada call pun. Merepek. Saya hanya ada jawab mesej ibu sahaja di Whatsapp.
Dalam pada itu, Myra memberitahu tujuan dia membuat pendedahan kepada umum adalah untuk mendapatkan keadilan dan penjelasan daripada Halim.
Saya faham kenapa mereka (netizen) marah dan mereka berhak untuk mengutarakan pendapat mereka.
Cuma bagi saya, saya ada sebab sendiri dan hakikatnya saya cuma mahukan satu penjelasan.
Saya tidak cakap apa yang saya telah lakukan adalah cara terbaik tetapi mungkin jika anda berada di tempat saya mungkin anda akan lebih memahami.
Terdahulu, Myra mendedahkan bahawa Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin di Thailand seperti mana yang dicanang sebelum ini.
Lebih mengejutkan, Myra mendedahkan dia sebenarnya anak tidak sah taraf atau anak luar nikah.
Kata pelakon itu, tujuan dia menipu adalah untuk menjaga nama baik keluarga.