berita

myTukar Umum Penjenamaan Semula. Suntik Nafas Baharu Dalam Industri Kereta Terpakai.

July 5th, 2022 | by Emir
Kini Trending

Platform Kereta Terpakai Digital di Malaysia, myTukar telah melaksanakan penjenamaan semula syarikat mereka bagi menampilkan identiti korporat yang sama dengan syarikat induknya CARRO, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukannya di rangkaian seluruh Malaysia.

Inisiatif penjenamaan semula ini merangkumi rupa dan skema warna baharu yang direka bagi menunjukkan visi dan hala tuju syarikat induknya sebagai platform kereta terpakai No.1 di Asia Tenggara serta rantau lain.

Inisiatif ini juga menjadi titik permulaan kepada pelbagai perubahan sekaligus menyuntik nafas baharu ke dalam industri kereta terpakai yang berkembang pesat. Kempen pertama myTukar yang disokong oleh Carro bakal dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi!

Komited Terhadap Pelanggan

Permintaan terhadap kereta terpakai telah melonjak sebanyak 8% pada suku pertama 2022 kerana pengguna kini lebih yakin terhadap kereta terpakai.

Bagi memenuhi peningkatan permintaan ini, myTukar telah menganjurkan satu lagi pameran automotif di pusat pameran utamanya bertempat di myTukar Retail Experience Centre, Puchong South.

Pameran yang berlangsung selama 3 hari bermula 1 hingga 3 Julai ini memberi peluang kepada para pengunjung untuk mendapatkan akses kepada lebib 1,000 kereta Pra-Milik yang disahkan oleh myTukar.

Selain memudahkan dan membudayakan pembelian kenderaan yang bijak dalam kalangan rakyat Malaysia, myTukar juga ingin menjadikan kemudahan dan kesenangan sebagai aspek utama dalam proses pembelian sebagai sebahagian daripada usaha komited mereka kepada semua pelanggan.

Sebab itu jugalah myTukar memperkenalkan kumpulan trak flatbed bagi menghantar kenderaan terus ke depan pintu rumah anda walau dimana pun anda berada.

Siap Sedia Berkembang

Sepanjang pameran ini berlangsung, myTukar menawarkan kadar faedah pinjaman serendah 1.88% serta membolehkan pengunjung mendapat kelulusan pinjaman dan serahan kereta pada hari yang sama.

Pengunjung juga boleh mendapatkan nilai tukar beli untuk kenderaan mereka dengan segera sepanjang berlangsungnya pameran tersebut.

Pengumuman penjenamaan semula myTukar adalah sejajar dengan pertumbuhan pesat jenama tersebut secara digital dan perkembangannya di seluruh negara baru-baru ini.

Seiring dengan strategi myTukar untuk memacu pertumbuhan dan jualan kereta terpakai, penjenamaan semula ini bertujuan mendekatkan syarikat dengan pengguna dan juga bagi bersiap sedia untuk perkembangan seterusnya di seluruh negara.

Imbas Kod QR dan Menang

Sementara menantikan pelancaran rasmi penjenamaan semula myTukar, kotak-kotak jingga besar dengan kod QR telah diletakkan di pelbagai lokasi di seluruh negara termasuklah di Plentong, Johor Bahru semasa Pameran Auto myTukar 2022 kemudian ke sekitar Lembah Klang iaitu di The Starhill, One Utama, dan IOI City Mall serta di Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Kotak-kotak jingga ini menawarkan hadiah bernilai sehingga RM20,000 kepada mereka yang menimbas kod tersebut. Semakin ramai orang mengimbas kod, lebih banyak hadiah menarik akan doberikan!

Kini kotak-kotak jingga ini berada di Pusat Pengalaman Peruncitan myTukar, di Puchong. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengimbas kod qr tersebut bagi memenangi hadiah menarik!

myTukar turut menyediakan pelbagai perkhidmatan selepas jualan seperti insurans, servis kenderaan dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai myTukar, anda boleh sila layari laman sesawang myTukar sekarang.

SKIP THIS AD ×