Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad berkongsi detik pertama kali dirinya menyertai kumpulan tabligh pada 2021.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabil Imbas Kembali Kekecewaan Ibu Bapa Ketika Nama Terpalit Kontroversi – ‘Ayah Aku Telefon, Dia Kata Kalau Berani Kau Balik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nabil Tanpa Sengaja Muat Naik Video Lama ‘Free Hair’ – Zira Ayub
Timbul perasaan
Nabil atau nama lengkap Ahmad Nabil Ahmad, 42, berkata, hatinya secara tiba-tiba muncul perasaan mahu mendekati agama dengan lebih mendalam.
Saya masuk tabligh sebab ada suatu pagi saya bangun tidur, pergi mandi tiba-tiba datang satu perasaan suruh saya masuk tabligh.
Rupanya-rupanya momen itu terjadi sangat random, lepas mandi terus bersiap pergi tabligh.
Saya betul-betul tak percaya kehidupan tabligh berlaku dalam diri saya. Masuk tabligh rasa seperti dilahirkan semula, reborn.
Satu perkara yang tak pernah terfikir akan berlaku dan ilmu yang diperoleh di sana. Saya mengaji sejak masuk tabligh, sebelum itu tak pandai mengaji.
Nabil berkongsi mengenai perkara itu menerusi saluran podcast Inpirasi.MY.
Fahami agama
Berkongsi lanjut, Nabil mengakui banyak ilmu agama diperoleh sepanjang menyertai kumpulan tabligh yang membuatnya faham maksud sebenar kehidupan di dunia sebagai makhluk Allah.
Tabligh ini tempat orang tambah ilmu, tempat manusia tahu maksud hidup yang sebenar. Kejayaan sebenar hanya ada dalam agama.
Sejauh mana kita taat perintah Allah dengan mengikut cara Nabi Muhammad. Ini yang saya dapat daripada tabligh.
Kita semua akan ada satu kehidupan lain selepas dunia iaitu alam kubur. Alam kematian lebih dahsyat dan lebih lama.
Sumber: TikTok