Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad tampil membuat permohonan maaf menerusi satu hantaran Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Tular Video Berseluar Pendek Di Gym Hingga Nampak Lutut, Nabil Ahmad Beri Penjelasan – ‘Itu Masa Zaman Jahiliah Kot’
Nabil mohon maaf
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad ini tampil membuat permohonan maaf susulan ketelanjuran katanya sewaktu mengendalikan sebuah program terbitan televisyen swasta baru-baru ini.
Menurut Nabil, dia memohon maaf sekiranya ada mengguris hati mana-mana pihak dan individu.
Assalamualaikum semua, saya Nabil Ahmad, di bulan yang suci dan mulia ini ingin memohon maaf andai ada ayat saya yang mungkin mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak dan menyinggung mana-mana individu.
Di hantaran yang sama, Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 itu memaklumkan dirinya akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan di masa yang akan datang.
Saya akan cuba untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri.
Terdahulu, Nabil mencuri perhatian apabila memberikan komen dan pendapat berhubung isu yang melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Don yang telah direhatkan daripada sebuah program baru-baru ini.
Potongan video tersebut telah menjadi tular dan menyebabkan Nabil menerima kecaman daripada wargamaya.
Sumber: Instagram Nabil