berita

Nabil Sakit Kepala Uruskan Anak, Terima Kecaman Jihan Muse. Apa Dah Jadi Ni?

April 25th, 2020 | by Nurul
Shout Out!

Umum tahu tentang betapa rapatnya persahabatan antara Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Sudah beberapa kali digandingkan sebagai pengacara dalam program hiburan, chemistry antara mereka berdua jelas kelihatan.

Namun, semalam agak hangat apabila Jihan dilihat seakan memerli dan mengecam Nabil di post serta siaran Live Instagram milik pelawak lelaki terkenal tersebut. Apa cerita ni..Hmm..bergaduh pulak ke diorang ni?

Nabil sakit kepala satu hari layan anak

Semuanya bermula apabila Nabil memuat naik satu gambar di Instagram, dimana dia sedang melayan karenah tiga orang anak perempuannya sementara isterinya memasak di dapur. Sampai sakit kepala dibuatnya!

Selang beberapa jam kemudian, Jihan pula dilihat memuat naik satu post di Instagram miliknya seakan-akan menegur tindakan Nabil yang penat menjaga anak padahal baru sehari berpuasa.

Jihan juga mengatakan yang Nabil tak sepatutnya pening dan stress kerana sebagai ibu dan isteri, dia lebih sibuk menguruskan rumah tangga seorang diri sejak dari pagi berbanding Nabil.

Cuba try jaga anak seminggu dan buat semua kerja – Jihan

Terkesan dengan posting Jihan, Nabil menjemput Jihan untuk live bersama di Instagramnya yang ditonton lebih 5 ribu pengikut. Nampak macam tegang, tapi sebenarnya mereka berdua gaduh-gaduh manja je. Ish..ingat gaduh betul!

Dalam siaran live tersebut, Jihan juga sempat bergurau dengan mencabar Nabil untuk menjaga anak selama seminggu dan buat semua kerja rumah seperti yang dilakukan oleh semua isteri.

Sempat menasihatkan Nabil untuk jangan stress, Jihan turut mengatakan bahawa kaum wanita lebih multitask daripada lelaki dengan melakukan pelbagai urusan rumahtangga sendirian tanpa mengeluh.

Jihan nak lawan lagu Nabil

Sebelum menamatkan live yang berdurasi hampir 20 minit tersebut, Jihan seolah-olah meninggalkan hint yang dia akan menghasilkan sebuah lagu untuk membalas single Nabil yang bertajuk Pening.

Sama-sama kita nantikan, okay!

Sumber: Instagram Nabil, Instagram Jihan

 

SKIP THIS AD ×