berita

Nabila Fail Kes Hadanah, Hak Penjagaan Sementara Terhadap Jebat Jayden

September 19th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini pelakon, Sharnaaz Ahmad enggan menceraikan isterinya, Noor Nabila kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina sejak dua tahun yang lalu. Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, isteri pelakon tersebut memfailkan interim hadanah iaitu hak jagaan anak sementara terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Hak lawatan untuk Sharnaaz

Menurut Peguam Syarie yang mewakili Noor Nabila iaitu Azmi Mohd Rais, permohonan interim hadanah itu difailkan pada 13 September lalu bagi tujuan menentukan hak lawatan Sharnaaz terhadap putera tunggal mereka.

Permohonan Noor Nabila dibuat mengikut Seksyen 201 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Sharnaaz melalui peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader sudah menerima dokumen dan sepatutnya memfailkan afidavit balasan pada tarikh sebutan berikutnya.

<section id=”block-hm-googledfp-mobile-mrec-300×250 Tambahnya, selepas menerima afidavit balasan daripada Sharnaaz, pihaknya pula akan memasukkan afidavit balasan. Mahkamah akan menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula permohonan itu.

Video telatah Jebat bersama Nabila

View this post on Instagram

Bila sel-sel otak mula berhubung 🤯

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Antara moment Nabila bersama anaknya Jebat Jayden yang mencuri perhatian netizen.

Hasil persetujuan bersama

Terdahulu, Nabila menegaskan keputusan untuk berpisah adalah hasil persetujuan secara bersama di antara mereka. Namun, dia agak terkejut dengan kenyataan balas yang dilakukan Sharnaaz, seolah-olah tidak menjangkakan perkara ini. Tambah Nabila, dia menerima surat perjanjian cerai daripada Sharnaaz menerusi aplikasi Whatsapp dan pada masa yang sama, pihak peguam turut menghantar butiran tersebut melalui email.

Dalam prosiding permohonan interim, Nabila ditemani keluarganya, manakala Sharnaaz hanya menghantar wakil peguam iaitu Akberdin.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.