Mesti para pembaca semua pernah mendengar pepatah ‘kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan, hanya ibu bapa saja yang akan setia di sisi.
Bukan mahu mengungkit kisah silam tetapi begitulah diibaratkan dengan perhubungan penyanyi rock lagenda negara, Amy Search dengan anaknya, Nabila Huda. Meskipun Nabila seringkali dihambat isu, Amy Search masih menerima baik-buruk anaknya itu.
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Enggan Komen Isu Amy Search Mengamuk Dan Maki Teman Lelakinya
Abaikan sahaja ura-ura yang mendakwa bahawa Nabila kembali berbaik dengan Amy semata-mata untuk berkahwin kerana kami yakin bahawa dua beranak ini memang masih mempunyai ‘chemistry’ yang erat. Mana taknya, Amy siap masak special request daripada Nabila lagi tau. Sweet kan?
Antara foto bersama Nabila yang dimuat naik oleh Amy Search
Peminat pun nampaknya happy dengan perubahan positif hubungan anak beranak ini yang kini semakin kerap meluangkan masa bersama-sama semenjak hari raya Aidilfitri yang lalu.
Menerusi beberapa laporan akhbar, Nabila juga dilihat mengambil langkah bijak untuk tidak lagi membicarakan soal peribadi di laman sosial.
Malah, Nabila juga enggan memberikan apa-apa lagi komen mengenai hal tersebut walaupun diasak bertalu-talu oleh pihak wartawan dan mahu memberi fokus kepada bidang kerjanya sahaja.
Apapun, sama-samalah kita mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga. Malah, situasi yang dihadapi oleh Nabila dan Amy juga boleh diambil sebagai iktibar buat kita semua. Yelahkan, selagi ibu bapa masih hidup ni, kita layanlah mereka sehabis baik.
Kredit foto: Instagram Nabila & Amy Search