berita

Nabila Huda Dakwa Pihak Produksi Menipu, Putar Belit Cerita – ‘Bila Masa Pernah Berbincang & Tiada Kata Sepakat?’

March 25th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Pelakon Nabila Huda mendakwa pihak produksi menipu orang ramai dengan mengeluarkan kenyataan pembayaran sudah dibuat untuk drama yang berjudul Pelangi Yang Hilang.

Artikel berkaitan: ‘Lihat Apa Moral & Pengajaran Yang Ingin Disampaikan, Bukan Babak Kontroversi’ – Nabila Huda

Artikel berkaitan: ‘Biarlah Menjadi Tanda Tanya, Yang Penting Dia Tahu Siapa Dirinya’ – Nabila Huda

Belum terima sebarang pembayaran

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Nabila membalas kenyataan syarikat produksi itu yang memaklumkan sudah melunaskan semua pembayaran termasuk tuntutan hutang.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Abil, syarikat tersebut tidak pernah berbincang dengan pihaknya bagi menyelesaikan hutang.

Awak jangan cuba nak menipu masyarakat dengan kenyataan playsafe awak, wiranusa corporation. Awak patut bersyukur yang saya ni dah halalkan semuanya dan move on. Tapi awak nak jugak menjawab, rasa bersalah pun takde.

Macam kita pula yang menipu dan memburukkan syarikat dia. Bila masa pihak syarikat pernah berbincang dan pastu awak cakap tak ada kata sepakat yang dapat dibuat?

Habis tu tak bayar lagi sepakat apo? Yang message bertanya tu pun datang dari pihak saya tau. Tak cukup relax lagi ke saya ni lepas sebulan habis penggambaran baru saya bertanya status pembayaran claim saya? Jangan lah buat kita yang bermasalah. Macam ni punya orang pun ada ke?

Lepas tu awak pulak yang nak membuka ruang untuk saya bertemu awak bagi memperjelaskan isu ini? Eh apa punya cara ni..bukan ke awak yang sepatutnya kena sedar ruang sebab ada hutang yang belum diselesaikan? Macam mana awak bernafas setiap hari tapi awak masih berhutang dengan orang. Awak tak rasa bersalah ke?

Cuba putar belit

Sementara itu, anak kepada penyanyi rock Amy Search ini mendakwa syarikat itu cuba memutar belitkan cerita dan berpura-pura menjadi mangsa keadaan.

Bagaimanapun, Abil sudah menghalalkan segala hutang berkenaan dan meminta untuk pihak produksi itu untuk belajar menguruskan produksi dengan lebih baik.

Saya ni wujud sebelum wujudnya company awak tau. Jadi awak jangan lah cuba nak putar belit untuk menegakkan benang yang basah. Untuk pengetahuan awak, saya dah tak heran lah dengan duit claim tu semua. Awak sedekah kan je lah dengan mereka yang memerlukan.

Sementara tengah di bulan Ramadan ini, awak buat lah research, belajar dulu adab dan basic practice dalam production. InsyaAllah dipermudahkan urusan awak untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik dimasa akan datang setanding dengan production hebat yang lain..

Terdahulu, Nabila pernah mengeluarkan kenyataan mengenai syarikat produksi tersebut kerana gagal membayar tuntutan atau ‘claim’ untuk segala komitmen yang dicurahkan olehnya dalam pembikinan naskhah berjudul Pelangi Yang Hilang.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×