Foto: Nabila Huda
Pelakon cantik Nabila Huda menerusi beberapa entri di laman Instagram memuat naik beberapa luahan dan rasa kecewa terhadap individu-individu yang mengambil mudah soal penularan Covid-19.
Susulan perkongsian tersebut, pasangan suami isteri, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia memuat naik ucapan di Instastory mendoakan supaya Nabila kembali pulih seperti sedia kala.
‘Be strong ok’
Foto: Tangkap layar Instatory Nabila Huda
Pada masa yang sama, menerusi Instastory yang dimuat naik oleh Abil sekali lagi memberi peringatan mesra kepada orang ramai untuk terus patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Saya ini jenis duduk rumah kalau tiada keperluan di luar. Jadi, kalau tiada sebab hendak keluar, duduklah diam-diam di rumah. Disebabkan degil, orang lain yang tidak bersalah jadi mangsa. Kesakitan yang datang berpunca daripada kepentingan dan kecuaian orang lain… Ini sudah jadi konsep teraniaya.
Benar apabila diuji dengan apa saja ujian dan kesakitan, kita kena reda dengan qada dan qadar. Tapi ini bukan konsep sebegitu, ini penyakit yang dicari atas kedegilan diri sendiri. Kerana nafsu dan keseronokan, habis semua yang tak ada kena mengena terpalit sama. Jangan berlagak jadi mangsa di atas situasi yang kamu wujudkan sendiri.
Kini, Abil sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah, bagaimanapun anak dan suaminya disahkan negatif.
Walaupun esok sudah hendak raya dalam suasana yang tidak beriya-iya, kesakitan tidak terjangka ini membuatkan saya sedih. Hendak sambut hari lahir Keisha yang ke-11 baru-baru ini pun terpaksa berjauhan. Saya dalam proses sembuh.Harap keputusan ujian calitan nanti jadi negatif.
Sumber: Nabila Huda