berita

Nabila Huda Tak Kenal Masya Masyitah, Netizen Terhibur -‘You Win Kak!’

July 31st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nabila Huda

Segelintir netizen berasa terhibur dengan komen yang ditinggalkan pelakon popular, Nabila Huda pada sebuah hantaran yang mengaitkan nama penyanyi Masya Masyitah.

Artikel Berkaitan: Masya Masyitah Tampil ‘Freehair’, Netizen Kecam Hebat & Sepakat Unfollow -‘Hanyut Dikejar Dunia’

Artikel Berkaitan: Masya Masyitah Pakai Skirt Pendek & Legging Putih, Netizen ‘Garu Kepala’ Tengok Fesyen Makin Pelik

‘Masya Masyitah siapa?’

Nabila Huda

Menerusi komen tersebut, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi berseloroh bertanyakan kepada wargamaya siapakah individu bernama Masya Masyitah.

Aktres berusia 38 tahun itu mengajukan pertanyaan tersebut pada sebuah hantaran  yang menyiarkan berita mengenai tindakan Masya yang menanggalkan tudungnya pada Ahad.

Komen tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya sekali gus mencuit hati mereka.

Rata-rata netizen memberikan jawapan kepada pertanyaan tersebut dengan menyatakan Masya merupakan penyanyi muda atau digelar BBNU (Budak-Budak Baru Nak Up).

Terdahulu, Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik beberapa foto tidak lagi mengenakan hijab di Instagram miliknya pada Ahad.

Tindakan pelantun lagu Halimuman itu telah mendapat kecaman bertalu-talu daripada wargamaya sehingga ada yang sepakat untuk ‘unfollow’ penyanyi berusia 23 tahun itu di media sosial.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×