Nampaknya, jika sebelum ini Nabila atau lebih senang dipanggil Abil ini bersikap terbuka untuk berkongsi kisah hidupnya, kini umum sudah tahu bahawa dirinya mengambil langkah yang berbeza.
Semalam, menerusi akaun Instagram miliknya, Nabila telah memuatnaik sekeping gambar anak perempuannya sedang menjamu selera di sebuah restoran bersama seorang lelaki.
Artikel berkaitan : Saya Tahu Keluarga Kecil Hati – Nabila Huda
Namun, wajah lelaki yang bersama Keisha itu telah dikaburkan dan ianya telah menimbulkan tanda tanya di kalangan peminatnya. Apa agaknya yang ingin disorok oleh Nabila ya?
Keisha bersama seorang lelaki dipercayai kekasih Nabila
Ramai yang berspekulasi bahawa lelaki di dalam foto itu merupakan kekasih baru Nabila dan turut cuba meneka identiti sebenar lelaki misteri itu.
Bagaimanapun, Nabila tidak memberi apa-apa respon terhadap persoalan para peminatnya kerana dirinya masih belum bersedia untuk mendedahkan kisah cinta terbarunya.
Apapun, disini OHBULAN! turut kongsikan beberapa keping gambar bahagia Nabila untuk tatapan peminatnya.