Penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali berkongsi berita gembira apabila mengesahkan dirinya kini berbadan dua dan dijangka bersalin pada Januari tahun hadapan.
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Ingat Pesanan Suami – ‘Ujian Dalam Rumah Tangga Orang Lain Juga Ujian Untuk Diri Kita Menahan Daripada Berkata-Kata’
Tahniah!
View this post on Instagram
Menerusi kenyataan rasmi yang diberikan kepada pihak OhBulan!, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali meluahkan rasa syukur dan teruja atas rezeki yang diberikannya bersama suami iaitu Nik Iruwan Nik Izani.
Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua.
Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami, dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya.
Sungguhpun begitu, pelantun lagu ‘Peluang Kedua’ memaklumkan bahawa dia akan cuba sedaya upaya memberikan fokus terhadap kerjaya seninya meskipun berbadan dua.
Tidak dinafikan sekarang ini cepat penat dan lebih banyak berehat. Sebab sebelum ini bila bekerja, memang susah nak berhenti. Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja.
Namun, saya masih komited dalam bidang seni terutama beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Apa pun, saya cuba untuk buat dengan sehabis baik.
Selera makan kian bertambah
Berkongsi mengenai keadaan dirinya, penyanyi berusia 32 tahun ini memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa keinginan selain selera makannya yang semakin bertambah sejak berbadan.
Alhamdulillah, saya tidak ada apa-apa keinginan yang melampau dan alahan yang teruk. Hanya yang biasa saja.
Kalau ada pun perubahan dari segi tenaga. Tapi, bagi saya ia mungkin perkara biasa bagi wanita hamil.
Perkara lain, tentulah banyak makan. Selera makan saya bertambah-tambah. Apa pun, saya mahu nikmati saja perjalanan sepanjang kehamilan ini.
Dalam pada itu, Nabila yakin bahawa fasa kehamilannya ini akan menjadi satu perkara indah dalam kehidupannya ditambah pula dengan sokongan yang diberikan keluarga, rakan-rakan dan peminat setia.
Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna.
Saya percaya bahawa fasa baharu ini juga menjadi sebuah cerita indah buat saya dan suami.
Doakan semoga perjalanan kehamilan saya ini dipermudahkan sehingga bersalin nanti.
Sekadar info, Nabila dan Nik Iruwan selamat mendirikan rumah tangga mereka pada 18 November tahun lalu.