berita

Nabila Razali Menangis, Floor 88 Bergaduh – Finalis Kongsi Debaran Sebelum Ke Pentas Akhir AJL35

February 10th, 2021 | by Hanis Aliaa
Kini Trending

Walaupun tarikh penganjuran AJL35 ditunda kerana Covid-19, ia tetap tak menghalang korang untuk merasai debaran anugerah berprestij ini yang dibawakan oleh Media Prima Berhad dengan kerjasama Celcom XPAX dalam Cerita Di Sebalik #AJL35!

Jom saksikan apa agaknya perkara menarik yang bakal dikongsikan oleh para finalis AJL35!

Nabila Razali menangis kerana Peluang Kedua?

Bagi Nabila Razali atau lebih mesra dengan panggilan Bella, tercalon antara 12 finalis adalah sesuatu yang tidak dapat dijangkakan. Mana taknya, pelbagai kontroversi timbul kononnya lagu tersebut berjaya ke pentas AJL35 kerana dinyanyikan oleh Hael Husaini.

Malah, ada segelintir netizen menidakkan faktor kesihatan yang dialami beliau kononnya hanyalah sekadar gimik semata-mata.

Haa, kalau korang nak tahu lebih banyak lagi mengenai Bella dan penjelasan beliau mengenai kontroversi ni, saksikan #ceritadisebalik bersama Nabila Razali!

“Dato Jamal Abdillah bukan seorang pendiam” – Wany Hasrita

Berduet bersama penyanyi popular atau boleh dikatakan sebagai lagenda, Wany Hasrita mengakui itu antara goal beliau menjadi anak seni. Sudah semestinya perasaan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Malah, Wany sempat berkongsi bahawa Dato Jamal Abdillah bukanlah seorang yang pendiam cuma kena tahu cara dan topik untuk dibualkan.

Tambah Wany lagi, selepas ini beliau mahu membawakan lagu bergenre pop rock pula. Wow! Tak sabar juga nak dengar Wany nyanyi lagu pop rock kan?

Jom dengar apa lagi yang Wany kongsikan dalam #ceritadisebalik!

Zizi Kirana jerit kat backstage?

Siapa sangka penyanyi berasal dari Sabah ini berjaya melayakkan dirinya ke pentas AJL35 dengan lagu Eh ciptaan Navigator dan Zizi sendiri manakala liriknya pula ditulis oleh Mambang dan Zizi Kirana.

Berkongsi dalam #ceritadisebalik, Zizi Kirana mengakui beliau menjerit di belakang pentas ketika namanya diumumkan antara finalis pada malam tersebut.

Menyifatkan lagu Eh sebagai teguran buat netizen, Zizi Kirana juga sempat berterima kasih kepada semua yang mencetuskan kontroversi mengenai dirinya di laman sosial. Opss!

Malah, penyanyi bersuara husky ini juga berkata, persiapan ke pentas AJL35 masih dalam proses namun, Zizi Kirana hanya mahu meluahkan perasaan beliau menerusi persembahannya pada malam itu nanti. So, korang tunggu okay!

Nak tahu lebih banyak mengenai #ceritadisebalik Zizi Kirana? Apa kata korang layan video ni dulu!

Shiha Zikir tak tidur gara-gara 7 Nasihat

Penyanyi yang disifatkan sebagai versatile kerana kemampuannya menyanyi dan berlakon ini sempat berkongsi menerusi #ceritadisebalik bahawa, sejak diberi kepercayaan menyanyikan lagu 7 Nasihat dendangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, beliau tidak dapat tidur kerana terlalu risau.

Ini kerana, membawakan lagu penyanyi nombor satu negara bukanlah mudah seperti menonton di kaca televisyen malah, rakan duetnya iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta merupakan komposer lagu 7 Nasihat itu sendiri.

Dan siapa sangka, menurut kedua-dua komposer ini pemilihan Shiha Zikir bagi menggantikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza adalah pilihan yang paling tepat! Yelah, ton suara Shiha pun ala-ala Dato’ Siti kan? Tak percaya, korang boleh layan #ceritadisebalik bersama Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta!

Floor 88 bergaduh sebab lagu Hutang

Pertama kali beraksi di pentas AJL35, Floor 88 mengakui persiapan untuk malam AJL35 telah pun siap sehingga 50 peratus.

Selain itu, Floor 88 sempat berkongsi dalam #ceritadisebalik, lagu Hutang adalah berdasarkan pengalaman peribadi sehingga pernah menimbulkan pergaduhan antara mereka.Uish! Biar betul…

Tidak meletakkan harapan yang tinggi, kumpulan ini bagaimanapun akan membuat persembahan yang terbaik kerana menyifatkan lagu ini sebagai batu loncatan untuk mereka terus menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini.

Nak tahu kenapa lagu Hutang ni buat mereka bergaduh? Korang kena tengok sendiri #ceritadisebalik Floor 88!

Untuk mengetahui lebih banyak mengenai finalis AJL35, jangan lepaskan peluang korang untuk menonton #ceritadisebalik bermula 11 Januari ini sehingga 1 Februari 2021!

Bagi korang yang tidak mahu terlepas menonton Cerita Di Sebalik #AJL35, korang boleh menontonnya menerusi YouTube rasmi TV3Malaysia Official.

Terus rancakkan kehangatan korang dengan Cerita Di Sebalik #AJL35 bersama Celcom XPAX Truly Unlimited dengan 2 kali kelajuan lebih pantas!

Apa tunggu lagi, langgan sekarang untuk rangkaian terluas korang!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×