Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba penyanyi Nabila Razali dikatakan telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Nik Iruwan Nik Izani, 37, pada Jumaat lalu.
Artikel Berkaitan: Lepas 10 Tahun Bergelar Anak Seni, Nabila Razali Syukur Akhirnya Tercalon Sebagai Finalis ABPBH
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Menjiwai Nyanyian Sampai Mata Merah, Netizen Tanya – ‘MK Kenapa Buat Begini?’
Sudah bertunang
Memetik laporan Kosmo, sumber mengatakan majlis pertunangan yang berlangsung di kediaman milik Nabila hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Betul dia dah bertunang. Tapi, pengesahan perlu datang dari bibir dia sendiri sebab hal peribadi.
Difahamkan juga, Nik Iruwan merupakan bekas pelumba kereta litar Formula dan dipercayai masih aktif dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008. Selain itu, Nik Iruwan turut menguruskan empayar perniagaan keluarganya.
Sementara itu, menerusi beberapa perkongsian yang dimuat naik saudara terdekat belah lelaki, majlis pertunangan itu diserikan dengan pelamin kecil.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh mereka disatukan. Namun ada yang menyatakan hari bahagia pasangan tersebut bakal berlangsung pada tahun hadapan.
Baru-baru ini, Nabila dan Nik Iruwan telah ‘ditangkap’ peminat ketika pasangan terbabit sedang bersiar-siar di Genting Highlands.
Sementara itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan pemilik nama lengkap Nur Nabila Mohd Razali, 30, tidak berjaya apabila mesej pesanan ringkas yang dihantar tidak dibalas.
Sumber: Kosmo