berita

Nabila Razali Unfollow Kenalan Di Instagram Hanya Gimik Muzik Video Baru?

June 13th, 2020 | by faris
Kini Trending

Persembahan Nabila Razali yang terkucil ketika menyanyi live dalam satu program menjadi bahan jenaka netizen bulan lalu. Kini, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia ini dilihat unfollow semua kenalannya di Instagram sehingga langsung tidak mengikuti sesiapa di laman sosial itu. Tindakan itu dikritik netizen dan ada yang mendakwa mungkin itu hanya gimik terbaru Nabila?

Sifar following

Instagram Nabila yang mengumpul 2.2 juta pengikut menunjukkan dia telah ‘unfollow’ kenalannya. Turut ditukar adalah usernamenya di profil iaitu Second Chance atau Peluang Kedua yang merupakan single terbaru penyanyi ini. Turut disertakan adalah link ke Youtube video single itu.

Harap tak diperbesarkan

Menurut Nabila kepada Astro Gempak, tindakannya itu tidak bererti dia memutuskan hubungan dengan rakan-rakan kerana mereka masih mempunyai cara lain untuk berhubung. Dia juga berharap perkara ini tidak diperbesarkan.

Bila insiden hari itu berlaku, ia banyak beri pengajaran pada saya tentang erti persahabatan. Bila saya unfollow, itu tak bermakna saya tidak mengambil tahu tentang rakan-rakan baik. Kita masih ada medium lain seperti penggilan telefon serta mesej.

Ini seperti fasa permulaan kepada Nabila Razali yang baru. Tidak perlukah diperbesarkan cuma cukuplah sekadar teman-teman baik tahu saya sentiasa ada bersama mereka, itu lebih penting.

Gimik terbaru video muzik?

Untuk rekod, Nabila pernah memuatnaik video dia menangis merintih membuat luahan isi hati menyalahkan lelaki. Tidak lama kemudian, ternyata video itu hanyalah gimik untuk singlenya, Pematah Hati. Dia juga sebelum ini pernah memadamkan semua gambar di Instagram kecuali gambar spanar untuk promo lagu Vroom Vroom. Adakah unfollow akaun rakan-rakannya adalah tindakan serupa? Kita tunggu dan lihat.

Dikecam buat gimik murahan

Sumber: Astro GempakTwitter, Nabila Razali

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×