Selepas kecoh dengan dakwaan ‘baby bump’, nama pelakon Nad Zainal terus-menerus menjadi tumpuan warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: Netizen Komen Cepatnya Hamil Baru Kahwin, Ini Respon Nad Zainal
Hampa lambaian tidak dibalas
Terbaru, ada seorang peminat meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Nad yang didakwa sombong ketika bertemu di sebuah pusat kelengkapan rumah.
Dakwa pengguna akaun @lve.m3 di ruangan komen, dia sudah melambai-lambai ke arah aktres berumur 34 tahun namun tidak dilayan.
Cantiknya Kak Nad. How I wish sikap Kak Nad (panggilan) pun secantik muka Kak Nad. Sedih saya tadi kat Ikea MyTown, duduk depan meja Kak Nad. Saya lambai-lambai dan senyum Kak Nad buat tak nampak.
Kemudian, Kak Nad dah habis makan, lalu depan saya, saya lambai lagi, tapi Kak Nad masih buat tak nampak kat saya peminat Kak Nad ini.
Sentap dengan respon pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin, wanita tersebut menyatakan dia enggan lagi meminati aktres yang baru sahaja sembuh dari penyakit pendarahan dalam paru-paru.
Lepas ini tak minat dah lah. Saya doakan semoga penglihatan Kak Nad tidak terjejas ya. Jaga diri.
Tak nampak bukan kekwat
Sementara itu, ketidakpuasan hati itu mendapat perhatian dari empunya diri. Pelakon drama Cina Buta memohon maaf dan menekankan dia memang tidak nampak wanita itu di lokasi kejadian.
Wanita tersebut juga dilihat telah meminta maaf kerana sudah buruk sangka.
Sumber: Instagram