Di Instagram, pengarah dan penerbit terkenal iaitu Shahrulezad memberitahu bahawa Nad Zainal kini beransur pulih selepas hampir sebulan dirawat di sebuah hospital swasta di Ampang akibat pendarahan paru-paru.
Artikel berkaitan: Berita Nad Zainal Meninggal Dunia Palsu, Shahrulezad Minta Netizen Henti Sebar
Artikel berkaitan: Paru-Paru Tak Cukup Kuat, Nad Zainal Ditidurkan Semula
Artikel berkaitan: Sharifah Shahirah & Rakan Selebriti Berjaya Kutip Lebih RM18k Untuk Nad Zainal
Artikel berkaitan: ‘Tak Kisah Dia Kaya Atau Pakai Barang Branded’ – Ungku Ismail Perjelas Isu Tabung Kecemasan Nad Zainal
Boleh berbual dan gelak ketawa
Ujar Shahrulezad atau lebih mesra disapa sebagai Budak Ijat, Nad sudah sedar sepenuhnya dan tidak lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tambah Ijat, dia memilih untuk tidak kerap berkongsi mengenai perkembangan semasa Nad kerana mahu menjaga perasaan ibu bapa pelakon itu.
Untuk pengetahuan semua keadaan Nad sekarang sangat baik. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi ditidurkan. Dia sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa. Malah dia juga boleh berjalan pergi ke toilet sendiri walaupun kami berpesan jangan, paru-parunya masih belum begitu kuat. Dia juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru akibat luka masa pendarahan tempoh hari.
Tambahnya, dia dan rakan-rakan berbuat demikian bagi mengelakkan berita tidak sepatutnya disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.
Alasan saya tak kongsi perkembangan terkini Nad kepada umum kerana saya kasihan ibu bapa dia dan mengutamakan kesihatan Nad sendiri. Saya perasan jika berkongsi perkembangan terkini akan wujud rantaian berita yang bukan-bukan dan menyakitkan hati kami, terutamanya orang tua dia.
Nad anak tunggal, jadi bila berita bukan-bukan bersepah sana-sini bayangkan perasaan ibu bapa dia berdepan fitnah. Mereka tiada anak lain yang boleh bantu mereka menepis rasa cemas bila cerita pasal Nad keluar. Jadi saya dan rakan-rakan tapis dahulu dan kurangkan update pasal Nad melainkan untuk kami sahaja.
Sumber: Budak Ijat