Di Instagram, pelakon, Sharifah Shahirah memberitahu dia dan rakan-rakannya telah membuat kutipan untuk Nad Zainal. Menurut Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Kak Rara, mereka berjaya mengumpul sebanyak RM18,278 menerusi kutipan tersebut.
Artikel berkaitan: ‘Tak Kisah Dia Kaya Atau Pakai Barang Branded’ – Ungku Ismail Perjelas Isu Tabung Kecemasan Nad Zainal
Artikel Berkaitan: Tabung Kecemasan Nad Zainal Dilancarkan, Bantu Tampung Kos Rawatan Medikal Pakar
Artikel Berkaitan: ‘Dakwaan Buah Pinggang Nad Zainal Bermasalah Akibat Ubat Kurus Tidak Benar’ – Shahrulezad
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Terharu Ramai Hadir Majlis Doa Selamat & Solat Hajat Untuk Nad Zainal
Semoga cepat sembuh
Geng-geng kami pun buat. Ni pakai akaun @sherry_alhadad. Kita bahagi-bahagikan.
Sebagai sahabat baik Nad, Rara berharap segala urusan Nad Zainal dipermudahkan. Tambah Rara, keluarga Nad akan melakukan perbincangan mengenai perancangan yang akan datang dan melakukan keputusan yang terbaik untuk anak tunggal mereka.
Cepat baik Nad. Kami nak sihat. Berehat jap dengan anak-anak. Peminat rindu. Kalau rasa nak tolong kami bantu Nad selain doa, wang ringgit sikit pun jadi. Lama-lama dapat collect dan beri kepada hospital. Nak dm kita pun ok. Tak kisah mana-mana janji sampai ke ibu bapa Nad.
Terdahulu, beberapa rakan artis yang lain dan peminat turut melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal untuk kegunaan bayaran kos rawatan aktres itu. Menurut Ungku Ismail di Instagram (IG), tabung berkenaan dapat membantu meringankan beban keluarga Nad.
Sumber: Sharifah Shahirah