Aktor meningkat naik, Nadhir Nasar memuji kesungguhan dan usaha pelakon baharu untuk menerpa nama dalam industri seni tanah air.
Artikel Berkaitan: Nadhir Nasar Tampil Jawab Isu Promosi Barangan Boikot – ‘Maaf Atas Kekhilafan Saya & Rakan Artis Lain’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Aura Meerqeen, Hun Haqeem & Nadhir Nasar, Dah Macam Bintang Kpop!
‘Mereka nampak serius untuk berada dalam industri’
Ketika ditemui OhBulan! di sidang media drama Dari Mata Turun Ke Hati dan Kelas Tahanan Cikgu Haragi, Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar akui bahawa pelakon baharu akan menjadi pelapis industri lakonan di Malaysia.
Saya sangat suka semua barisan pelakon drama Tahanan Cikgu Haragi, mereka memberi sepenuh usaha dalam menjayakan drama ini. Mereka nampak serius untuk berada dalam industri. Itu benda yang kita nak lihat sebenarnya.
Dalam pada itu, Nadhir berkata kadangkala para penonton juga sudah ‘bosan’ melihat wajah pelakon yang sama dalam pelbagai drama yang ditayangkan.
Tengok drama ni orang tu berlakon, drama lain pun muka dia juga. Tak dinafikan, saya sendiri ada masalah dengan benda tu di mana saya tak suka tengok muka yang sama termasuk diri sendiri.
Sebab itu, saya juga perlukan masa untuk diri sendiri dan meletakkan tempoh masa untuk naskhah seterusnya. Jadi pelakon-pelakon baharu ini lah yang akan memenuhi industri.
Bagaimanapun, Nadhir berkata dia tidak menolak tawaran berlakon sebaliknya memilih naskhah yang bersesuaian.
Kalau ada rezeki dapat tawaran yang saya boleh buat, saya akan terima. Tapi kalau saya tak boleh bawa watak tu, saya akan tolak.
Sebab kalau kita tak boleh menjayakan sesuatu watak, kita akan menyusahkan ramai orang termasuk produksi.
Jadi masa ‘berehat’ itulah yang saya akan gunakan untuk buat persediaan drama saya yang seterusnya.
Bercerita dengan lebih lanjut, aktor berusia 28 tahun itu akui selain aktif berlakon, dia juga sibuk menguruskan syarikat produksinya, Paradice Pictures.