berita

Nadia Annuar Perjelas Punca Buka Tudung – ‘Bukan Nak Memancing Pujian’

May 30th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pengacara, Nadia Annuar menjadi bualan dalam kalangan warganet selepas tampil dengan imej terbaru dengan tidak lagi mengenakan hijab.

Tidak berdiamkan diri, Nadia tampil mendedahkan punca sebenar dirinya membuat keputusan mengejut tersebut.

Artikel Berkaitan: Sambut Birthday Ke-39, Nadia Annuar Tampil ‘Free Hair’ – ‘Saya Harap Allah Kurniakan Kekuatan…’

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Putus Asa Sayang Dengan Rahmat Allah’ – Lufya Omar Titip Doa Buat Nadia Annuar

Artikel Berkaitan: ‘Kecam Sepuas Hati, Tolong Jangan Kaitkan Ibu Saya – Nadia Annuar

Keadaan mental tidak stabil

Menerusi hantaran di Instagram Story, Nadia menjelaskan bahawa keadaan mentalnya yang tidak stabil menjadi punca dia membuat keputusan untuk membuka tudung.

Nadia yang juga merupakan kakak kepada pelakon dan model, Haris Annuar turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dilemparkan segelintir netizen yang mendakwanya membuka tudung adalah semata-mata untuk mendapat pujian orang ramai.

Bukan semua keputusan dibuat dengan sekelip mata seperti yangg anda sangka. Ia keputusan yang sangat sukar. Tidak seperti apa yang anda sangka iaitu nak cantik atau nak memancing pujian. Ia masalah keadaan mental saya yang tidak stabil. Saya harap anda boleh bantu bimbing saya untuk tidak jauh tersasar. Saya sayang anda semua.

Dalam pada itu, Nadia turut mendedahkan bahawa dia terima sebarang teguran diberikan kepadanya namun mengakui berasa kecewa terhadap segelintir netizen yang melemparkan tohmahan terhadap dirinya.

Menegur itu tak salah tapi menghina itu bukanlah cara untuk menasihati. Contoh hinaan seperti buruk, tua, dahi luas, hidung yahudi, telinga capang, bodoh, bangang dan lain-lain.

Adakah anda pernah berfikir bahawa anda sedang menghina ciptaan Allah swt dengan alasan ‘menegur’?

Terdahulu, Nadia mengejutkan para pengikutnya serta rakan artis yang lain selepas mengumumkan untuk tidak lagi bertudung.

Keputusan mengejutkan itu dibuat Nadia bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39 pada Jumaat lalu.

Sekadar info, Nadia Annuar juga merupakan kakak kepada pelakon dan model, Haris Annuar serta anak kepada usahawan terkenal, Zaiton Hassan yang mesra disapa Kak Ton.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×