Pelakon Nadia Brian menafikan dakwaan ditaja oleh orang kenamaan gara-gara menginap di lokasi percutian yang mewah.
Artikel berkaitan: ‘Belum Jumpa Lelaki Yang Menepati Cita Rasa & Pilihan Yang Saya Impikan’ – Nadia Brian
Tidak ditaja VVIP
Memetik laporan Melodi, Nadia menjelaskan dia tidak ditaja dan percutian tersebut adalah percutian bersama syarikatnya.
Bila dah penat bekerja mesti ada masa untuk bercuti juga. Itu lah masa untuk kita reward ourselves.
Sebenarnya percutian yang baru-baru ni saya pergi adalah bersama company trip. Nampak mewah tu Alhamdulillah tapi takdelah ditaja oleh VVIP. Itu fitnah ya tak benar.
Saya sendiri kerja keras dan masih single.
Akui hidup sunyi
Mengulas soal jodoh, pelakon drama Suri Hati ini akui hidupnya sunyi tanpa peneman hidup.
Of course nak. Kita sebagai manusia mesti ada rasa lonely. Saya sentiasa berdoa tapi masih lagi tak jumpa yang click dengan saya sebab sibuk dengan bekerja.
Memang tak ada siapa-siapa hanya berkawan biasa saja. Memang tak ada yang istimewa.
Kadang-kadang rasa lonely tu datang, secara jujurnya ada rasa sedih, anxiety. Saya pun berdoa pada Allah bilalah akan ketemu jodoh.
Dalam pada itu, dia berharap dapat berjumpa dengan seseorang yang dapat terima dirinya seadanya dan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Bukan saya meletakkan ciri ke apa, tidak. Saya sangat simple, saya mahu orang yang boleh bersabar dan boleh faham karier serta cinta saya pada industri. Bukan hanya terima Nadia Brian tapi terima kekurangan saya seadanya.
Saya percaya akan ada jodoh yang baik. Saya tak malu pun. Saya nak cari orang yang Beriman dan boleh bawa saya kearah kebaikan. Jangan rasa malu sebab kita semua orang pendosa. Saya harap saya dapat jumpa jodoh yang baik.
Sumber: Melodi