Pelakon Nadiya Nisaa, memberitahu dia tidak berkomunikasi dengan pelakon, Hisyam Hamid sepanjang penggambaran filem La Luna yang menggandingkan mereka sebagai suami isteri.
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Pelakon Ada Cabaran Menghidupkan Watak, Hujung Pangkal Ia Terletak Kepada Niat’ – Nadiya Nisaa
Rasa gugup
Menurut Nadiya sambil berseloroh, dia teruja melihat ketampanan Hisyam Hamid sewaktu bergandingan dengan pelakon tersebut. Hal itu menyebabkan dia berasa gugup selain memegang watak sebagai pasangan suami isteri yang dingin.
Dia kacak sangat. Hensem teruk, ujar Nadiya sambil ketawa.
Tambah Nadiya, ini merupakan kali kedua mereka bergandingan.
Kami pernah berlakon bersama, tapi itu dulu. Sudah lama dan bila jumpa balik, saya kena sesuaikan diri semula. Jujurnya, saya ‘starstrucked’ dan tidak percaya bolehkah dia menjayakan watak Pa’at, tapi bila pengarah yakin boleh buat, saya optimis. Saya tidak boleh bercakap dengan Hisyam sepanjang penggambaran. Sebab saya baca skrip filem sampai habis.
Saya sangat marah kerana watak Yam sering dipukul suaminya, Pa’at. Dalam filem itu, saya tak boleh marah Hisyam sebab saya sayang. Macam mana kita mahu marah orang yang kita sayang, tapi dalam masa sama, diseksa dan tiada siapa faham kita. Jadi, kami hanya bertegur sapa seperti ‘hi’, itu sahaja.
Berbicara lebih lanjut, Nadiya berkata, dia sudah bercakap dengan Hisyam pada sebuah sidang media filem sekitar bulan September lalu.