berita

‘Nafas Anak Tiba-Tiba ‘Bising’, Air Liur Meleleh Gara-Gara Tertelan Bateri

November 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebut sahaja mengenai kanak-kanak, sudah pasti yang bermain di fikiran korang adalah gelagat comel dan kelakuan aktif mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Sebagai ibu bapa, membiarkan anak-anak mencuba sesuatu yang baru merupakan proses pembelajaran yang terbaik bagi perkembangan diri mereka.

Namun begitu, ibu bapa masih perlu memberikan tumpuan kepada anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Di Facebook, Dr Redza Zainol berkongsi detik cemas apabila dia menerima seorang pesakit kanak-kanak yang tertelan bateri butang. Menurutnya, anak kecil itu mungkin berdepan maut kalau rawatan kecemasan tak dilakukan segera.

Magnet dan bateri objek berisiko tinggi

Nafas anak saya tiba-tiba jadi bising sejak pagi tadi. Lepas tu air liur banyak meleleh. Bila buat x-ray, barulah semuanya jelas. Si kecil ni dah tertelan bateri butang (button battery) rupanya. Syiling, bateri, butang, pin dan cebisan permainan, ni semua antara benda asing (foreign body) yang selalu kami temui bila mak ayah berkejar ke jabatan kecemasan.

Magnet dan bateri butang dikira objek berisiko tinggi. Selain tu, ada juga objek yang bertoksik. Inilah objek yang kalau anak dah tertelan, sangat merisaukan kami. Bunyi nafas bising dan air liur meleleh tu tandanya objek tadi dah tutup sebahagian dari salur pernafasan. Kalau dibiar, si kecil tu mungkin berdepan maut kalau rawatan kecemasan tak dilakukan segera. Itu sebab saya risau betul kalau terjumpa kes begini.

Menurut Dr Redza, anak kecil tersebut dikerjakan ke hospital oleh ibu bapanya setelah tertelah bateri butang di rumah. Tambah doktor tersebut, magnet dan butang merupakan objek yang berisiko tinggi buat kanak -kanak sekiranya mereka menelan objek tersebut.

Tanda-tanda anak tertelan benda asing

Foto: Bateri yang berjaya dikeluarkan

Saya nak sangat mak ayah ambil tahu tentang tanda-tanda yang saya tulis ni sebab anak kita mungkin dah tertelan benda asing kalau tanda macam ni muncul. Terbatuk-batuk, tercekik, susah nak bernafas atau nafas berbunyi kuat, air liur meleleh tak berhenti, si kecil tu muntah je tiap kali menelan makanan. Kalau anak yang dah besar, dia boleh mengadu sakit perut dan hilang selera nak makan.

Kes begini paling banyak berlaku pada budak usia 6 bulan hingga 3 tahun. Jadi, mak ayah yang ada anak kecil tolonglah peka. Anak kecil ni tangan dia laju je pegang itu ini. Bukan salah dia, sebab fitrah anak ni dia suka meneroka benda baru. Nak elakkan tragedi ni, kita kena selalu pastikan tak ada benda kecil di atas lantai dan tak beli permainan yang ada komponen terlalu kecil. Bateri butang yang dah dikeluarkan. Hati-hati bila beli permainan. Bateri macam ni ada dalam permainan anak.

Di samping itu, Dr Redza turut berkongsi kepada ibu bapa mengenai tanda-tanda untuk mengenal pasti sekiranya anak-anak tertelah benda asing. Nasihat buat ibu bapa agar peka terhadap anak kecil turut ditinggalkan oleh Dr Redza.

Sumber: Dr Redza Zainol

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×