berita

Nafi Fitnah Zarina Anjoulie, Amyza Aznan Tuntut Ganti Rugi Lebih RM1 Juta

July 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Amyza Aznan menuntut ganti rugi am, pampasan, rugi teruk dan teladan kepada pelakon Zarina Anjoulie melebihi RM1 juta. Menerusi laporan Harian Metro, tuntutan tersebut dibuat olehnya dalam satu pernyataan pembelaan yang difailkan pada 3 Julai lalu.

Nafi mengeluarkan perkataan fitnah

Menurut Amyza, pernyataan pembelaan itu dibuat terhadap saman dan pernyataan tuntutan oleh Zarina. Tambahnya, dia memohon perintah injuksi bagi menghalang Zarina atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah yang telah diterbitkan. Pelakon drama Budak Tebing itu juga menuntut permohonan maaf daripada Zarina dan ianya perlu disiarkan di media cetak dan di laman Facebook juga Instagram Zarina. Memorandum kehadiran turut difailkan Amyza.

Pada 1 Julai lalu, selepas carian fail mengenai kertas-kertas kausa tindakan guaman yang dibawa Zarina berjaya dilakukan melalui e-kehakiman. Di dalam pernyataan pembelaan itu juga, Amyza menafikan dia mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah terhadap Zarina melalui aplikasi Telegram di dalam kumpulan Covid-19 Persatuan SENIMAN. Di samping itu, dia menafikan bahawa hantaran di aplikasi ‘Instagram’ miliknya merupakan fitnah terhadap Zarina.

Cipta sangkaan buruk orang awam

Satu saman melalui tuntutan balas terhadap Zarina yang secara terang memfitnahnya melalui ‘posting’ di laman Instagram dan secara rakaman video di aplikasi Facebook turut difailkan oleh Amyza. Ujarnya lagi, dakwaan-dakwaan fitnah oleh Zarina jelas berniat jahat dan mendorong serta mencipta sangkaan buruk orang awam terhadapnya. Saman dan tuntutan balas tersebut juga sudah diserahkan kepada peguamcara Zarina pada 3 Julai lalu.

Sehubungan itu, bagi permohonan Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimohon oleh Zarina, satu afidavit balasan oleh Amyza juga sudah difailkan dan diserahkan kepada peguamcara Zarina pada tarikh yang sama.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×