berita

Nafi Jadi Majikan Goyang Kaki, Mila Jirin Kerja 15 Jam Setiap Hari Demi Staf

August 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas memuat naik video menangis sejurus mengetahui berita mengenai peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, penyanyi Mila Jirin menerima pelbagai komen negatif daripada warganet.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Bantu Aku’ – Mila Jirin Menangis, Sebak Baca Berita PM Bakal Letak Jawatan

Artikel Berkaitan: Video Menangis PM Nak Letak Jawatan Jadi Perhatian, Mila Jirin Nafi ‘Dibayar’ Untuk Sokong

‘Kau tak apa lah goyang kaki’

Mila, 34, meluahkan rasa sedih apabila menerima kiriman mesej yang keterlaluan daripada saudara semuslim.

Tegas pemilik nama Norsyarmilla Jirin, menjadi majikan bukan tiket untuk dia goyang kaki ketika pandemik Covid-19. Katanya, setiap hari dia bekerja selama 15 jam bagi memastikan pekerjanya bergaji.

Banyak lagi yang DM dengan adab dan akhlak yang sangat sedih bila dibaca sebab yang DM tu saudara seIslam.

Saya pun sama macam hampa. Kerja dari jam 8 pagi hingga 11 malam depan laptop, work out new business proposal, work on cash flow, strategi yang entah ke berapa kali.

Jalan terus tanpa toleh kebelakang walaupun kadang kadang menangis sendiri tak payah cakap. Bila yang sering difikirkan adalah untuk orang dan kadang tak sempat fikir untuk diri sendiri.

Itu lah kehidupan yang hakiki . Kena hadap juga walaupun penat. Siapa cakap jadi majikan tu goyang kaki??? Jika majikan jutawan mungkin lah kot.

Allah hadirkan ujian ada sebab

Walaupun ditimpa dengan pelbagai ujian, penyanyi lagu Aku Lebih Tahu memandang dari sudut positif selain percaya dengan perancangan Allah.

Pada dasarnya, hati kecil ni pun berkata, ‘dah lah rehat.’ Tapi mengenangkan amanah yang masih di bahu, kuatkan jiwa raga untuk terus serta husnuzon dengan perancangan Allah.

Sebab sangat yakin, Allah hadirkan ujian ada sebab. Dan dengan ujian ini lah diri ini lebih dekat dengan yang Maha Esa. Dengan ujian ini lah diri mensyukuri segala nikmat. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Penyayang.

 

Sumber: Instagram @mila_jirin

SKIP THIS AD ×