Sebelum ini, laporan dokumentari Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ mendakwa terdapat isu perkauman di Malaysia ketika mengendalikan pandemik Covid-19.
Terbaru, Dr Kenneth yang pernah berkhidmat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Maeps, Serdang membuka cerita sebenar mengenai cara Malaysia mengurus dan merawat pendatang asing tanpa izin (PATI).
Dilayan dengan baik dan adil
Al-Jazeera making false claims (pembohongan/tuduhan tidak wajar) against Malaysia regarding the management and treatment of Illegal immigrants with Covid-19! I was doing my service in Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, MAEPS Serdang for 1 month and 1 week.
We treated almost 700-800 Covid-19 Positive illegal immigrants (Pendatang Asing Tanpa Izin/PATI) in our centre. All the PATIs were treated fairly and well. We respect them as normal human beings. 3 meals per day. Each meal with vegetables, meat and rice. Nice bed with aircond environment.
Menerusi perkongsian Kenneth Wong Chen Fei atau lebih dikenali sebagai Dr Kenneth, beliau menceritakan pengalamannya sepanjang merawat PATI di pusat kuarantin di Maeps, Serdang. Dalam kesempatan itu juga, dia tidak bersetuju dengan dakwaan dan tuduhan palsu Al Jazeera mengenai layanan teruk Malaysia terhadap PATI.
Tambah Dr. Kenneth lagi, sepanjang perkhidmatannya selama 1 bulan seminggu, dia dan pasukan telah merawat hampir 800 orang PATI. Semua petugas di Malaysia melayan kesemua PATI ini dengan baik dan adil serta menghormati mereka seperti manusia biasa.
Tuduhan tidak berasas
They were each given free toiletry packs/towels/extra dry food. None of them were mistreated. All were given freedom to perform solat prayers and toilet breaks. When they discharged, all were given free new clothing.
Saringan percuma (1 test = RM 300-400), makanan percuma, rawatan percuma, baju percuma. Semua Kerajaan Malaysia tanggung! What more do they want? Laporan Al-Jazeera adalah tidak berasas dan tidak betul (one-sided news). We stand with Ministry of Health (KKM) and Malaysia for doing their best in fighting the Covid-19 pandemic!
Bukan itu sahaja, keperluan harian mereka turut dijaga dan dihidangkan makanan sebanyak 3 kali sehari dengan menu nasi, sayur dan daging. Malah, penginapan disediakan sangat selesa berserta katil dan persekitaran yang berhawa dingin. Mereka juga diberi pek, tuala dan makanan kering percuma. Tidak ada seorang pun yang dizalimi.
Kerajaan Malaysia turut bertanggungjawab terhadap saringan percuma dimana setiap ujiannya bernilai RM300 hingga RM400. Tegasnya lagi, laporan yang dikeluarkan Al Jazeera sama sekali tidak betul dan dakwaannya memang tidak berasas. Dr. Kenneth menyifatkan laporan tersebut adalah berita sebelah pihak. Sementara itu, Dr. Kenneth memberitahu mereka bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Malaysia akan berusaha sebaik mungkin untuk memerangi wabak Covid-19.
Sumber: Kenneth Wong Chen Fei