Sekadar gambar hiasan
Umum mengetahui, selepas seorang wanita sah bergelar seorang isteri sudah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk menyediakan nafkah merangkumi zahir dan batin. Nafkah yang dimaksudkan adalah makanan, pakaian, tempat tinggal dan perkara asas yang lain.
Bagaimanapun, jika nafkah yang diberikan oleh si suami tidak mencukupi walhal dia mampu, si isteri berhak untuk meminta dari si suami namun, hanya untuk cukup-cukup memenuhi keperluannya dan tidak berlebih-lebihan.
Sebulan RM5?
Foto: Surianti Ghani
Seperti perkongsian seorang peguam dikenali sebagai Surianti Ghani menerusi satu posting di laman Facebook, berkongsi satu kisah rumah tangga berkenaan nafkah yang sudah menjadi tanggungjawab seorang suami. Difahamkan, si suami hanya memberikan nafkah secara ala kadar dan sama sekali tidak menyediakan keperluan yang lain.
Bahkan, paparan transaksi bank turut dikongsi untuk jadikan bukti yang menunjukkan si suami hanya memberikan nafkah sebanyak RM5 sebulan kepada isterinya.
Apabila suami tidak tahu konsep keberkatan memberi nafkah kepada isteri, lagi banyak berbelanja untuk isteri semakin bertambah rezeki.
Lelaki itu dipercayai sama sekali tidak memberikan nafkah yang secukupnya bahkan, isterinya pula perlu menanggung kos-kos lain termasuk barang dapur, dan sewa tempat tinggal. Apa yang lebih mengejutkan, apabila nafkah bulanan isterinya dinaikkan dua kali ganda kepada RM10 berikutan bulan Ramadan.
Realiti 1 kes di mahkamah syariah setiap bulan hanya RM5 sahaja nafkah untuk isteri. Itu sahaja, barang dapur tak beli, pakaian tak beli, tempat tinggal isteri bayar sendiri yang banyak sikit bulan ni RM10 sebab bulan Ramadan.
Foto: Surianti Ghani
Respon netizen
Sumber: Surianti Ghani