Gara-gara tidak tahan dengan sikap panas baran dan bernafsu liar sang suami ketika melakukan hubungan kelamin, seorang wanita berusia 44 tahun telah membuat laporan polis.
Menerusi Harian Metro, wanita yang merupakan seorang peniaga itu mendakwa diliwat oleh suaminya yang berusia 57 tahun, menggunakan objek yang keras.
Menggunakan objek keras
Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, mangsa mendakwa diliwat oleh suaminya dengan menggunakan objek keras ketika mengadakan hubungan kelamin di bilik rumah mereka di Taman Kemajuan.
Mangsa mendakwa suspek mempunyai nafsu seks liar apabila gemar melakukan onani kepada wanita itu dengan menggunakan mentimun.
Berang dan tumbuk mangsa
Wanita tersebut turut memberitahu bahawa suaminya itu akan berang dan menumbuknya ketika dia ingin membincang soal berkenaan.
Pada awal Januari lalu, mereka bertengkar dan suspek menumbuk mangsa di dada hingga dia sukar bernafas. Mangsa membuat laporan minggu lalu dan dia mungkin keliru dengan masalah yang dihadapinya hingga lewat untuk ke balai polis. Suaminya kini menghilangkan diri dan polis giat mengesannya bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 377C, 377CA dan 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan yang membabitkan persetubuhan luar tabii dan menggunakan objek keras ketika persetubuhan.
Sumber: Harian Metro