Sekarang ni, gamers dah jadi macam satu profesyen pulak. Mana taknya, dengan bermain game je, korang boleh jana pendapatan sehingga ribuan ringgit. Tambah-tambah kalau korang join pertandingan e-Sports. Ada yang sampai tawarkan hadiah sehingga jutaan ringgit!
Tak hairanlah kalau generasi sekarang memang idam-idamkan profesyen ni. Malah, ada juga selebriti dan artis yang juga melibatkan diri dalam bidang gaming ni. Korang pun ada pasang angan-angan nak jadi gamer profesional? Apa kata cuba tips-tips yang kami kongsikan ni!
Fokus kepada satu game yang korang paling minat
Di pasaran sekarang, terdapat lambakan game online yang korang boleh pilih. Malah, developer pun saling berlumba-lumba untuk menghasilkan game online yang menjadi kegilaan dan ketagihan orang ramai!
Untuk jadi gamer yang terkenal, korang kena fokus dengan satu game dan kalau boleh, pastikan game online tu ramai peminat, barulah korang akan dapat tarik ramai pengikut untuk tengok gameplay korang. Kalau korang main banyak sangat game, lama-lama followers pun jadi keliru dan mungkin tak berminat nak ikuti korang lagi.
Rajin-rajinkan join komuniti/group gamers
Kalau korang cari di media sosial, korang boleh jumpa pelbagai komuniti ataupun group gamers dengan game pilihan korang. Melalui komuniti gamer ni, korang boleh dapat banyak info, berkongsi pengalaman dan mendapat inspirasi dari gamer yang lain.
Sambil-sambil tu, boleh jugak kenal-kenal dan cipta network yang lebih meluas. Siapa tahu, mungkin korang boleh tarik lebih ramai followers dari luar negara juga!
Ingat, jangan guna bahasa kesat atau mencarut!
Kalau korang nak jadi gamer yang orang respect, benda yang paling basic sekali korang kena jaga adalah attitude! Bila review atau tengah live semasa gameplay, elakkan mencarut atau memaki hamun sebab korang akan buatkan pengikut korang turned off dan hilang minat nak support korang.
Korang boleh contohi pemain rasmi sukan e-Sports NESCAFÉ seperti Maxhaze ni ketika bermain.
Practice makes perfect!
Kalau korang tengok gamers yang dah pro dan terkenal tu, semuanya belajar dari bawah. Mana ada yang terus jadi profesional. Yang paling penting, kena rajin berlatih dan improve kelemahan korang.
Nak lagi bagus, rajin-rajinkan diri untuk tengok video-video dan study corak permainan serta skil dari pro gamers yang terkenal seperti pemain rasmi sukan e-Sports NESCAFÉ MasterRamen ni. Dari situ, barulah korang nampak kekurangan korang kat mana.
Selalu join pertandingan e-Sports
Buat gamer yang masih beginner, mesti korang akan rasa macam tak layak nak join pertandingan e-Sports kan? Yela, bukan calang-calang gamers yang selalunya join pertandingan macam ni. Haa..jangan takut! Korang kena biasakan diri untuk join pertandingan atau event seperti ini untuk kumpul pengalaman baru.
Secara tak langsung, korang juga boleh mantapkan skil dan dikenali ramai. Bermula dengan pertandingan kecil, siapa tahu lama-lama korang akan dikenali sebagai pro gamers antarabangsa!
Nah, kami kongsikan tips/nasihat dari pasukan e-Sports, Team SMG Malaysia!
- Tonton dan pelajari tentang permainan (ML) melalui YouTube. Teliti dan perhatikan gaya permainan gamers lain untuk memahami pergerakan dan strategi.
- Main game dengan kerap! Ini adalah untuk melatih korang dalam mengenal permainan, seterusnya menjadi lebih baik dan cekap.
- Perhatikan faktor luaran yang mempengaruhi korang semasa bermain. Terutamanya kecerahan dan audio telefon bimbit kerana ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa setelah terdedah kepadanya dalam jangka masa yang lama. Nasihat mereka, pastikan korang cari persekitaran yang paling sesuai untuk korang.
- Minum banyak air dan kekal hidrat!
- Tetap fokus dan sebab itulah pemain Team SMG memilih NESCAFÉ sebagai minuman wajib untuk kekal segar dan bersemangat!
NESCAFÉ, penaja minuman utama Team SMG!
Kalau korang nak tahu, NESCAFÉ adalah rakan minuman rasmi untuk pasukan e-Sports Mobile Legend iaitu Team SMG Malaysia (Still Moving Under Gunfire) tau!
NESCAFÉ dan Team SMG Malaysia telah berkolaborasi sejak May 2020 dan ini juga merupakan pertama kali NESCAFÉ terlibat dengan industri e-Sports untuk menghidangkan strim terkini dan lebih banyak kandungan menarik pada masa akan datang buat peminat e-Sports di Malaysia.
Haa..cakap pasal NESCAFÉ, sambil-sambil main game tu, tak lengkap kalau tak ditemani setin NESCAFÉ kan? Barulah segar nak push rank sampai ke pagi!
Nak tahu kenapa NESCAFÉ menjadi rakan minuman rasmi?
Siapa je yang tak kenal dengan jenama kopi terkemuka yang dah pun berada di pasaran sejak tahun 1938 ni! NESCAFÉ hanya menggunakan campuran biji kopi Arabica dan Robusta terbaik yang dipanggang sempurna dan diadun dengan susu dan koko untuk rasa lemak manis yang seimbang dan aroma asli kopi!
Didatangkan dengan pelbagai perisa kopi iaitu, Original, Mocha, Latte, Kopi-O, Tarik, White Coffee, Ice, Cold Brew Latte, Cold Brew Hazelnut dan banyak lagi, NESCAFÉ sememangnya menjadi pilihan dan kegemaran bukan sahaja Team SMG malah buat semua rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi.
Aroma, kelazatan dan kesegaran dalam setin NESCAFÉ bukan saja dapat menghilangkan haus, malah dapat memberikan kesegaran yang berpanjangan! Tak hairanlah kalau NESCAFÉ ni menjadi teman setia Team SMG baik semasa latihan mahupun dalam perlawanan.
Yang lebih penting, ia boleh dinikmati pada bila-bila masa dan dimana-mana saja!
Lagi best, korang juga berpeluang untuk bawa pulang NESCAFÉ secara percuma!
Nak tahu caranya? Mudah je..
- Korang hanya perlu komen di sini berserta gambar korang memegang tin NESCAFÉ
- Pemenang bertuah yang terpilih akan berpeluang untuk bawa pulang 1 karton NESCAFÉ (24 tin)!
Syarat-syarat tambahan:
- Terhad untuk 30 pemenang SAHAJA
- Peraduan ini terbuka kepada peserta yang tinggal di Lembah Klang SAHAJA
- Pihak OHBULAN! akan memilih pemenang dan pemenang akan dihubungi dalam masa 1 minggu selepas tempoh peraduan tamat melalui Facebook.
- Hanya komen semasa tempoh peraduan sahaja yang layak untuk diterima dan dipilih sebagai pemenang
- Pihak NESCAFÉ akan menghantar hadiah kepada pemenang yang bertuah!
Tempoh peraduan: Bermula 11 Jun 2021 sehingga 23 Julai 2021
*Tertakluk terma dan syarat
Best kan? Apa-apa pun, sebelum game, jom minum #NESCAFÉ dulu!