Untuk pengetahuan korang, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa masih terdapat lebih satu bilion perokok menjelang 2025. Manakala, statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula menyatakan bahawa 10,000 rakyat Malaysia yang mati setiap tahun disebabkan penyakit berkaitan secara langsung dengan tabiat merokok. Wow! Bukan sikit tau jumlahnya.
Dah terlalu banyak kempen dan saranan dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi menghentikan tabiat merokok. Namun, kami faham agak sukar menghentikan amalan itu secara serta merta, walaupun pilihan terbaik semestinya untuk berhenti terus dari merokok.
Oleh itu, dengan jumlah dan statistik yang sebegitu besar, lebih baik untuk kita faham tentang alternatif-alternatif yang kurang berbahaya supaya perokok dalam kalangan kita boleh membuat keputusan yang kurang memudaratkan
Asap rokok lebih berbahaya
Walaupun rokok boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser, serangan jantung dan strok, tetapi yang paling menarik perhatian kini adalah peningkatan risiko kanser paru-paru terhadap perokok pasif disebabkan asap rokok yang dihidu.
Asap rokok mengandungi lebih 4,000 bahan kimia beracun atau “konstituen asap” yang telah diklasifikasikan sekitar 100 daripadanya sebagai penyebab kepada penyakit seperti kanser paru-paru, penyakit kardiovaskular, dan emfisema.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih tujuh juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat merokok atau menghidu asap rokok. Ini menunjukkan, mereka yang menghidu asap rokok adalah sama-sama berisiko dengan penghisap rokok dan berpotensi untuk terdedah kepada segala jenis penyakit yang membawa maut.
Buat korang yang ingin berhenti merokok, ia adalah tindakan yang paling tepat. Namun, buat yang masih hendak meneruskan tabiat ini, korang haruslah memahami tentang alternatif lain yang kurang memudaratkan dari merokok.
Terbaharu, Philip Morris Malaysia (PMM) telah melancarkan satu kaji selidik untuk mengetahui sikap dan persepsi orang awam terhadap alternatif merokok.
Jadi, jom luangkan masa korang sebentar untuk menjawab kaji selidik ni!
Kerjasama korang dalam kaji selidik ini secara tak langsung akan membantu usaha mengurangkan risiko dan kesan kesihatan berkaitan merokok secara lebih menyeluruh.
Alternatif-alternatif yang lebih baik untuk sebilangan besar perokok
Setelah menjalankan penyelidikan pembangunan selama bertahun-tahun, Philip Morris Malaysia (PMM), komited dalam mencipta teknologi bebas asap rokok dan berhasrat untuk memberi manfaat kesihatan kepada umum kepada alternatif yang kurang berbahaya.
Walaubagaimanapun, produk alternatif ini tidak bermaksud ia bebas dari risiko, tetapi ia masih boleh mengurangkan risiko sekiranya berjaya beralih sepenuhnya kepada produk alternatif. Apapun, pilihan yang terbaik adalah untuk berhenti atau jangan mulakan tabiat merokok. Ingat, korang boleh lakukannya!