berita

Nah, Ini Sebabnya Kenapa Setiap Rumah Kena Ada 3 Produk Yang Bermanfaat!

December 9th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Rumah merupakan tempat yang paling utama untuk setiap orang berlindung, berehat dan tenangkan fikiran. Sebab itulah sangat penting untuk memastikan rumah kita sentiasa selesa dan bersih. Barulah senang hati dan lapang je rasa fikiran.

Dalam misi untuk memastikan rakyat Malaysia dapat meningkatkan kualiti hidup mereka, baru-baru ini Coway telah melancarkan 3 produk baharu iaitu Penulen Air Coway GLAZE, Penulen Udara LOMBOK III dan Tilam PRIME Series Super Single yang bukan saja dapat memberi kebaikan buat seisi rumah, malah bergaya dan berpatutan!

1. Penulen Air Coway GLAZE

NEW Coway Glaze: Cold Water Dispenser with Purifier & RO Filtration

Dilengkapi dengan ciri-ciri menarik yang boleh mengekalkan kesegaran air berpanjangan, penulen air Coway Glaze ni memang unik kerana ia dilengkapi dengan 3 suhu air yang berbeza iaitu ambien (2.5 liter), sejuk (2.5 liter) dan panas (1.5 liter) serta mempunyai kapasiti tangki keseluruhan sehingga 6 liter!

Yang lebih menarik, ia juga mempunyai fungsi Cold Water+ yang membolehkan air berada pada suhu yang sejuk dalam masa yang panjang. Ini kerana, tangki air sejuk dan tangki air ambien diasing kepada dua tangki. Senang betul nak bancuh air bila ada tetamu datang, tak payah letak ketul ais pun!

NEW Coway Glaze: Cold Water Dispenser with Purifier & RO Filtration

Bukan itu saja, Coway GLAZE juga mempunyai ciri one touch extraction, di mana ia boleh mengekstrak air bersih berdasarkan suhu dan isipadu pilihan korang dengan hanya satu sentuhan mudah. Manakala, kalau korang nak isi air pula, tak perlu nak pegang cawan atau botol air dan tunggu lama untuk air penuh diisi, cuma hanya perlu tekan lama butang dan tentukan isipadu air pilihan korang sama ada 120ml, 250ml, atau 500ml untuk aliran air yang berterusan.

NEW Coway Glaze: Cold Water Dispenser with Purifier & RO Filtration

Yang pastinya, Coway sentiasa memastikan bahawa air yang ditapisnya adalah selamat dan bersih untuk diminum, sebab itulah Coway GLAZE direka dengan beberapa lapisan penapis, termasuk Coway’s Reverse Osmosis (RO) Membrane Filter, yang dapat menyingkirkan virus, bakteria, dan membuang semua bahan yang tidak bersih.

Coway GLAZE juga tersedia dalam Eco Mode, dimana ia secara automatik dapat mengurangkan frekuensi operasi motor dan pemanas ketika berada di persekitaran gelap untuk mengurangkan penggunaan tenaga. Yang paling penting, ia juga dilengkapi dengan Child Safety Lock untuk melindungi anak-anak kecil korang daripada terkena air panas.

Penapis Air Coway GLAZE CHP-6310L:
Harga Penuh: RM3,900 termasuk servis satu tahun PERCUMA
Harga Sewaan: RM119/sebulan termasuk servis lima tahun PERCUMA

2. Penulen Udara Coway LOMBOK III

NEW Coway Lombok III: RBD Plasma Air Purifier & Ioniser | Air Filter Malaysia

Buat korang yang ada masalah alahan, resdung ataupun mempunyai kucing, kena ada satu penulen udara Coway LOMBOK III ni di rumah! Admin pun ada satu, memang sejak menggunakan Coway LOMBOK III ni, alahan bulu kucing admin dah berkurangan sangat! Reka bentuknya yang moden pula, memang ngam untuk korang yang sukakan gaya minimalis.

Direka dengan teknologi canggih terbaru, Coway LOMBOK III membolehkan korang memilih tetapan pilihan dengan sentuhan lembut dan dilengkapi dengan pengendalian tiga tahap kelajuan yang akan menyesuaikan kelajuan kipas mengikut keperluan korang.

NEW Coway Lombok III: RBD Plasma Air Purifier & Ioniser | Air Filter Malaysia

Ia juga mempunyai enam penapis yang berbeza, termasuklah penapis plasma RBD yang berupaya untuk mensteril udara serta menangkap gas berbahaya, alergen dan bahan pencemaran yang tak dapat dilihat oleh mata kasar. Ia juga mempunyai enam langkah penapisan dan ioniser yang dapat menghilangkan oksigen aktif serta elektrik statik dari udara.

NEW Coway Lombok III: RBD Plasma Air Purifier & Ioniser | Air Filter Malaysia

Oh, yang lebih penting, korang tak perlu risau tentang bil eletrik melambung kerana Coway LOMBOK III ini menggunakan kecekapan tenaga kecil iaitu 0.0816kWh dalam Mod Auto, dengan anggaran bil elektrik RM0.53 sahaja setiap bulan. Best kan?

Penulen Udara Coway LOMBOK III:
Harga Penuh: RM3,490 termasuk servis satu tahun PERCUMA
Harga Sewaan: RM109/sebulan termasuk servis lima tahun PERCUMA

3. Tilam Coway PRIME Series Super Single

Tak pernahlah kita dengar tilam berkualiti premium boleh disewa, lengkap dengan servis penjagaan pulak tu!

Haa..Tilam Coway PRIME Series ni memang istimewa kerana ia dilengkapi dengan bahan berkualiti tinggi, termasuklah busa memori, lateks, serat kelapa dan five-zone pocket spring yang dapat menyokong tulang belakang korang, sekaligus memberi keselesaan dan pengalaman tidur yang lebih lena untuk pelbagai lapisan umur.

NEW Coway Prime: Premium Foam & Latex Mattress with Back Support and Contouring

Tilam Coway PRIME Series mempunyai saiz King, Queen dan Super Single yang direka sempurna untuk pelbagai bentuk badan dan berat serta semua jenis posisi tidur. Kalau posisi tidur korang jenis terlentang, korang boleh pilih Coway Firm, manakala bagi yang suka tidur mengiring, Coway Soft adalah pilihan yang lebih sesuai untuk korang!

Oh ya, ia juga disertakan dengan topper yang boleh ditukar untuk memastikan ia berada dalam tahap kebersihan yang optimum dan sentiasa dalam keadaan yang baik.

Coway Malaysia Introduces Prime Series Mattress Offering The Best In Comfort, Support And Hygiene

Yang lebih menarik, tilam ini juga datang dengan pakej perkhidmatan profesional yang merangkumi 7 langkah penjagaan tilam, termasuklah pengukuran tahap debu tempat tidur, perbersihan tilam dan kerangka katil, penyemburan anti hama dan debu, pensterilan UV, dan pembasmian kuman.

Tilam Coway PRIME Series Super Single :
Harga Penuh: RM5,380 (tilam) atau RM7,080 (tilam dan kerangka katil). Termasuk servis satu tahun PERCUMA
Harga Sewaan: RM129/sebulan (tilam) or RM159/sebulan (tilam dan kerangka katil). Termasuk servis lima tahun PERCUMA

Apa tunggu lagi, jom dapatkan produk dari Coway hari ini juga!

Tetap Hebat Bersama dan tingkatkan gaya hidup kita dengan produk Coway yang bermanfaat. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Coway. 

×