Rasanya anda semua dah sedia maklum bahawa Mat Luthfi telah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Aksi di Youtube Paling Popular dengan video berjudul Mengajar Kanak-kanak Riang di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) baru-baru ini.
Mungkin caranya yang bersahaja dan penuh sarkastik dalam membawakan isu-isu semasa merupakan faktor utama dia lebih ‘famous’ daripada vloggers yang lain.
Bersempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, anak jati negeri Kedah itu sekali lagi berjaya menarik perhatian netizens dengan videonya yang berjudul ‘Benda-Benda Melayu/Muslim Sebut Bila Ramadhan’.
Adegan teropong anak bulan
Antara isu yang dibangkitkan oleh Mat dalam video tersebut adalah ibadah terawih, teropong anak bulan, perkara syubhah, iftar dan banyak lagi.
Disertakan dengan komedi ringkas tapi mendalam, video yang dimuat naik pada 5 Julai yang lalu ini telah pun menerima hampir 7000 likes.
Adegan sikap tamak semasa beli juadah berbuka.
Tapi, saya paling suka bahagian penghujung video di mana ‘ustaz’ menyarankan wujudnya satu sistem di mana orang ramai boleh menderma kepada fakir miskin menerusi aplikasi ‘vote’. Ala.. yang macam kita undi untuk ABPBH 2013 hari itu. Yeah!Why not kan?
Jadi, apa kata kita digest mesej yang Mat ingin sampaikan menerusi video di bawah. Agak-agak terkena dekat batang hidung sendiri tak?