berita

Nah Tips Cuci Tandas Rumah Dalam Masa 5 Minit je, Tak Payah Sental Pun Gerenti Berkilat Tau!

June 30th, 2022 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Kredit foto: Pexels.com & Stuff

Bila sebut hal cuci tandas mesti ramai di antara kita yang malas betul nak buat benda ini kan? Kalau boleh nak cari cara paling mudah dan cepat je, sebab itu lah ramai yang tak ambil berat pun tentang pemilihan bahan pencuci tandas yang betul.

Nak senang punya pasal ada yang guna cecair basuh baju, sabun cuci pinggan, bahan peluntur, baking soda dan macam-macam lagilah untuk bersihkan tandas. Sebenarnya tak boleh macam itu tau, bukan sahaja kebersihan tandas korang tak terjamin tetapi pengunaan bahan yang salah ini juga boleh mendatangkan mudarat kepada korang sendiri.

Campuran peluntur dan bahan pencuci mengundang bahaya

Kredit foto: LifeSavvy

Tips pertama dan paling penting yang perlu korang ingat adalah jangan sesekali campurkan peluntur dengan bahan pencuci lain, gabungan kedua bahan tersebut boleh menghasilkan gas beracun yang mampu mengancam nyawa.

Biasakan untuk semak dahulu label penggunaan dibelakang produk pencuci yang korang gunakan sebagai langkah berjaga-jaga sebab pada label tersebut biasanya sudah disertakan cara penggunaan serta amaran. Haa.. Ingat tau jangan pandai-pandai nak campur-campur sendiri ya!

Lagi satu, jangan lah main guna je segala jenis sabun yang ada dalam tandas korang itu untuk cuci tandas. Mungkin pada dasarnya tandas korang akan terlihat bersih dan berkilat selepas pengunaan produk berkenaan tetapi belum tentu ianya mengandungi bahan yang tepat untuk membunuh bakteria berbahaya pada tandas korang.

Kredit foto: Stuff

Jadi, suka untuk kami ingatkan agar korang mula ambil serius hal pemilihan produk pembersih tandas yang betul. Antara produk yang gerenti boleh buat tandas korang berkilat dan terbukti berkesan membasmi 99.9% kuman adalah Harpic Powerplus 10X Max Clean!

Mudah digunakan & membunuh virus Covid-19

Haa.. Ini lah dia tips paling berkesan untuk bersihkan tandas korang sehingga berkilat tanpa perlu bersusah payah nak menyental tandas pun. Dalam masa 5 minit je dah boleh siap!

Harpic Powerplus 10X Max Clean terbukti mampu membersih kotoran degil sehingga 10 kali lebih baik, apa yang korang perlu lakukan hanyalah curah dan rata kan sahaja ia ke dalam tandas korang kemudian lihat seperti magic tandas korang akan bersih dan berkilat.

Muncung penutup Harpic Powerplus 10X Max Clean juga direka khas untuk membersih kawasan celahan yang sukar dicapai supaya dapat memudahkan kerja korang mencuci tandas.

Paling hebat sekali Harpic Powerplus 10X Max Clean sudah pun diuji dan terbukti mampu membunuh virus Covid-19 serta varian Omicron pada tandas tau!

Bukan itu je, malah Harpic turut menawarkan pelbagai seleksi produk pembersihan tandas lain yang bersesuaian dengan keperluan korang. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Harpic korang boleh ke laman Facebook rasmi mereka di SINI.

Buat korang yang dah tak sabar nak mencuba sendiri produk daripada Harpic korang boleh dapatkan ia secara atas talian melalui Shopee dan Lazada.

SKIP THIS AD ×