Pagi tadi, dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.
Artikel Berkaitan: [KEMAS KINI] Dua Helikopter Bertembung & Terhempas Di TLDM Lumut, 10 Mangsa Meninggal Dunia
Berikutan insiden tersebut, Kementerian Pertahanan akan mempertimbangkan semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Rasa dukacita
Memetik laporan Harian Metro, tragedi tersebut telah mengorbankan 10 mangsa dalam kejadian di Kem TLDM Lumut, Perak, hari ini.
Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pihaknya berdukacita dengan tragedi yang menimpa 10 pegawai kanan dan anggota lain-lain pangkat TLDM terbabit.
Pihak kementerian dukacita dengan maklumat kami terima membabitkan dua helikopter terhempas semasa raptai menyambut ulang tahun ke-90 TLDM yang bakal disambut pada 27 April ini.
Perasaan dukacita kita terhadap kejadian ini yang menimpa semasa latihan raptai buat kali ketiga untuk persiapan atur cara sambutan itu.
“Kita akan mempertimbangkan semula acara ini (sambutan ulang tahun terbabit) memandangkan ia sudah disusun oleh TLDM.
Tambah Khaled, pihaknya akan menyiapkan laporan interim berhubung kejadian tersebut dalam masa terdekat.
Kita akan cuba siapkan laporan itu (interim) secepat mungkin tetapi ia mungkin akan ambil masa.
Setakat ini, kita belum lagi mendapat maklumat individu lain yang cedera dalam kejadian itu (susulan serpihan helikopter di kawasan berhampiran).
Difahamkan sebuah helikopter terhempas di kawasan kolam renang, manakala sebuah lagi helikopter terhempas di kawasan stadium.
Dalam kejadian itu, kesemua 10 krew berusia bawah 40-an di dalam kedua-dua helikopter berkenaan disahkan meninggal dunia dan dihantar ke (Jabatan Perubatan Forensik) Hospital Angkatan Pangkalan TLDM Lumut.
Sumber: Harian Metro