Foto: Harian Metro
Semalam negara dikejutkan dengan tragedi nahas dua buah helikopter terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.
Artikel Berkaitan: [KEMAS KINI] Dua Helikopter Bertembung & Terhempas Di TLDM Lumut, 10 Mangsa Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Nahas Helikopter Terhempas, Kementerian Pertahanan Pertimbang Semula Penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM
Status di sosial media
Foto helikopter: Berita Harian
Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok, tular satu hantaran yang didakwa telah dimuat naik oleh salah seorang mangsa iaitu Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli.
Hantaran tersebut dipercayai dimuat naik sehari sebelum insiden berkenaan.
Allahyarham memuat naik di media sosialnya sekeping gambar yang memaparkan sebaris ayat daripada sebuah buku.
‘Berbahagialah, aku tidak akan mengganggumu lagi seperti hari kelmarin.
Dalam masa yang sama, individu yang berkongsi hantaran tersebut turut menitip doa kepada arwah Komander Firdaus.
Al-Fatihah, status terakhir Kdr Firdaus semalam..mati syahid, Allah maha penyayang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat hantaran tersebut dan turut mendoakan arwah.
Allahu macam tahu-tahu je nak pergi.
Moga ditempatkan ke dalam golongan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.
Untuk info, tragedi menyayat hati itu telah mengorbankan seramai 10 orang mangsa.
Mangsa yang terlibat adalah tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter jenis HOM-AW139 dan Fennec yang berlepas dari Padang Sitiawan, Perak.
Susulan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar sambutan Ulang Tahun dan Perbarisan Sempena Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini dibatalkan.
Sambutan tersebut akan digantikan dengan majlis bacaan Yassin dan tahlil.
Sumber: TikTok & Harian Metro