berita

‘Naik Darah Saya!’ – Penerbit Berang Filem Dijual Lanun Cetak Rompak Online

August 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penerbit Pencil Pictures & Records, Datuk Ayu Puteh berang selepas mengetahui filem terbitannya, Ada Apa Dengan Dosa (AADD) dijual secara cetak rompak online.

Menerusi laporan Astro Gempak, Ayu atau nama sebenarnya, Normashayu Puteh memaklumkan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku.

Naik darah saya

Bayangkan, saya mengeluarkan modal berjuta, melakukan penggambaran sehingga ke luar negara, berhabis banyak benda untuk merealisasikan AADD, tiba-tiba segala usaha dan penat lelah saya seakan tidak bernilai selepas filem itu dijual semurah RM1 di platform terbabit! Naik darah saya! Sejujurnya, saya rasa terhina dan kecewa dengan situasi cetak rompak ini. Bayangkan, ia telah wujud semenjak sekian lama tetapi ia masih berleluasa. Perkara ini tidak seharusnya berlaku, lebih-lebih lagi di platform e-dagang yang ternama.

Saya ada hak nak cakap dan suarakan pendapat kerana ia terkena kepada batang hidung saya sendiri. Biarpun saya masih baru, baru lebih kurang 10 tahun dalam industri, saya mahu pertahankan hak saya. AADD juga masih ditayangkan di Astro First. Dengan hanya RM15, penonton boleh menghayati AADD berulang-ulang selama 48 jam. Ha, di situ anda boleh tonton filem AADD sampai muntah hijau. Ia juga tidak menjadi satu kesalahan kerana ia menerusi saluran yang betul.

Menurut Ayu, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Tambahnya, dia menyeru orang ramai supaya menonton filem AADD menerusi saluran yang betul.

Susulan daripada itu, kontroversi ini turut mendapat perhatian Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menurunkan semua kandungan

Menurut Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi, pihaknya akan bertindak menurunkan kandungan yang mempunyai kaitan dengan pelanggaran hak cipta atau cetak rompak.

KPDNHEP mengambil maklum mengenai dakwaan terdapatnya aktiviti penjualan filem-filem tempatan yang dicetak rompak di platform e-dagang seperti yang dilaporkan. Pada kebiasaannya, selepas menerima aduan pelanggaran hak cipta, pihak kementerian akan memaklumkan kepada SKMM untuk tindakan menurunkan content (kandungan) oleh pihak telco. Dalam kes ini, kita boleh meminta platform e-dagang menurunkan iklan tersebut.

Ujar beliau lagi, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang aduan berhubung perkara ini. Selain filem  Ada Apa Dengan Dosa, filem Keluarga Iskandar The Movie turut dikesan dijual di sebuah laman e-dagang.

Sumber: Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×