berita

Naik Motor Ambil Sendiri Keputusan SPM & Dapat 10A- Hiba Tak Dapat Raikan Bersama Ibu Bapa

March 4th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2016-03-04 at 12.18.41 AM

Semalam satu Malaysia tertumpu dengan keputusan SPM yang diterima oleh anak-anak muda. Macam-macam ragam yang kita dapat lihat di sosial media. Kebanyakannya berkongsi kegembiraan dengan kedua ibu bapa apabila dapat keputusan yang cemerlang dan ada juga yang menangis kerana kecewa.

Tapi lain pula bagi nasib yang menimpa adik Nur Anis ni. Dia menangis sebaik sahaja terima slip keputusan SPM semalam.. Bukan kerana kecewa keputusan tak bagus, tapi kecewa kerana tidak dapat meraikan keputusan 10A yang diperolehinya. Haihh.. Kesiannya.

Menanti pelukan emak dan ayah..

Gadis yang bernama Nur Anis dari Kedah ni telah mendapat keputusan 10A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Tetapi yang sedihnya dia tidak dapat meraikan berita gembira tersebut dengan ibu bapanya seperti rakan-rakan yang lain.

Nur Anis merupakan anak sulung dari lima adik beradik. Dia tinggal bersama neneknya selepas ibu bapa bercerai. Menurutnya, ini merupakan perkara biasa baginya kerana sebelum ni semasa keputusan PMR pun dia menaiki bas dan ambil sendiri keputusan. Semoga Nur Anis tabah hadapi dugaan dan berjaya dalam hidup.

Sumber: Astro AWANI

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×