Energizer Malaysia mengumumkan Re-Energize 100% Fitfest, pesta kecergasan yang penuh dengan sesi-sesi yang akan menggerakkan badan dan menaikkan semangat anda.
Bersiap sedia untuk aktiviti-aktiviti yang penuh adrenalina dan senaman-senaman yang menawan di acara tersebut, dari 27 Oktober 2023 sehingga 29 Oktober 2023, 10 pagi ke 10 malam di Desa ParkCity Carpark 3, berdekatan Plaza Arkadia.
Artikel Berkaitan: Jangan Lepaskan Peluang Untuk Level-Up Potensi Kerjaya Diri & Peluang Menangi Tiket Penerbangan ke Tokyo Di SEEKscapes! Masuk Percuma Je!
Peserta boleh bersenam
Tidak kira jika anda adalah penggemar tegar kecergasan atau baru memulakan perjalanan ke gaya hidup yang lebih sihat, semuanya ada di Re-Energize 100% Fitfest.
Dengan pelbagai senaman-senaman yang akan menyegarkan badan anda, termasuklah tarian, HIIT, kombat, latihan kekuatan dan kardio, anda akan bertemu dengan kombinasi senaman yang akan mengecas semula hidup anda.
Diketuai oleh pengajar-pengajar dari Fitness First, CHI Fitness, dan Celebrity Fitness, para peserta boleh bersenam dengan lebih dari 70 pengajar di sesi ini.
Selain dari pengajar-pengajar dari pusat kecergasan terkenal, Energizer juga telah berganding bahu dengan selebriti kecergasan terkenal seperti Jordan Yeoh, Maggy Wang, dan Joey Tng yang akan menjalankan kelas kecergasan mereka tersendiri.
Selain dari kelas-kelas yang dianjurkan sepanjang 3 (tiga) hari ini, pengunjung juga dapat mengambil bahagian dalam cabaran pantas termasuk Energizer’s Speed Climbing Wall.
Para pengunjung juga akan pulang dengan beg cenderahati bernilai sehingga RM120 dari NIVEA, Eucerin, F&N Ice Mountain, Berocca, 100PLUS, Urban Retreat Spa, Pressio dan banyak lagi.
Boleh melawati food truck
Pengunjung juga boleh melawati food truck untuk menikmati hidangan-hidangan dari Kee Nguyen, Nacholah, Kinori, The Bao Guys dan banyak lagi food truck lain untuk mereka makan dan minum agar kadar tenaga mereka kekal tinggi sepanjang hari.
Kami amat teruja untuk menganjurkan pesta kecergasan ini untuk pengguna kami dan memberi mereka peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai latihan yang diketuai oleh jurulatih kecergasan terkemuka.
Sebagai jenama yang dipercayai yang menawarkan produk dengan bateri tahan lama, kami ingin mencipta acara yang sinonim dengan jenama kami – bertenaga, menawarkan daya tahan dan kuasa yang berkekalan. Dengan Re-Energize 100% Fitfest, kami telah mengumpulkan kesemua ini di satu lokasi setempat,” kata Diane Lee, Pengarah Perniagaan, Malaysia & Singapura, Energizer Holdings Inc.
Di Energizer, kami percaya pengguna bermotivasi untuk melakukan dan mencapai lebih banyak lagi jika mereka kekal bertenaga. Kami berharap dengan menyediakan platform ini untuk pengguna kami, kami boleh meninggalkan kesan positif kepada para pengguna kami.
Untuk menyertai acara ini, para pengguna mesti membeli sekurang-kurangnya RM30 produk Energizer dalam satu resit. Setiap resit membenarkan pengguna masuk selama satu (1) hari sahaja.
Para pengguna dikehendaki menyimpan resit asal sebagai bukti. Untuk mendaftar, ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk menempah tempat anda dan mencari pengalaman kecergasan anda tersendiri:
Pengguna yang singgah ke Re-Energize 100 Fitfest Energizer juga boleh mendapatkan cucian kereta percuma di bahagian Cucian Kereta Armor All. Armor All ialah jenama Energizer dalam segmen penjagaan kenderaan.
Di bahagian cucian kereta, pengguna akan mengalami pengalaman penjagaan kereta terkemuka, yang meliputi penjagaan dalaman dan luaran kereta, termasuk mencuci, mengeringkan, menyinar tayar dan menyedut vakum menggunakan rangkaian penjagaan kereta Armor All.
Slot adalah terhad setiap hari, dan akan berdasarkan giliran mereka meninggalkan kenderaan di lokasi.
Terdapat lebih banyak aktiviti dan pengalaman untuk ditawarkan semasa Re-Energize 100% Fitfest. Jangan lepaskan peluang untuk berhubung dengan individu lain yang mempunyai minat yang sama dan mempelajari trend kecergasan baharu. Lawati halaman acara Facebook Energizer untuk maklumat lanjut.